Setelah Berdiam Diri, Akhirnya Respons Al- Qassam Ini Buat Israel Mula Goyang – MEDIA OHSEM

Setelah Berdiam Diri, Akhirnya Respons Al- Qassam Ini Buat Israel Mula Goyang – MEDIA OHSEM

 

Baru-baru dunia menyaksikan pembantaian dan pembulian rakyat Palestin di Masjid Al Aqsa oleh tentera Israel. Ekoran rakyat masih ditekan, tentera al Qassam mula memberi respons.

Media antarabangsa melaporkan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, setelah AS melaksanakan dasar berhati-hati sejak berdekad lamanya dan tidak mengendahkan amaran tentang tindakan bersejarah yang mungkin mencetuskan keganasan di Timur Tengah.

Dilaporkan bahawa Palestin dan para pemimpin dunia Arab mengutuk tindakan itu, yang menyaksikan AS memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke kota suci berkenaan.

RESPONS AL QASSAM

Briged Al-Qassam, sayap bersenjata Hamas, telah memberi amaran bahawa serangan Israel terhadap Masjid Aqsa dan perangnya terhadap Jerusalem “akan membangkitkan bara di bawah abu dan menghidupkan kembali intifada Jerusalem”, lapor Palestinian Information Center.

“Gema yang disebabkan oleh serangan Zionis terhadap Masjid Aqsa dan Baitulmuqaddis akan menghantui pemimpin-pemimpin musuh dan memulakan tindakan kepahlawanan yang baru, Insya Allah,” kata jurucakap Briged Abu Obeida di halaman Twitternya.

Sekatan baru-baru ini Israel mengenai kemasukan orang Islam ke Masjid Aqsa telah mencetuskan protes kemarahan di wilayah Palestin yang diduduki dan mendorong pemuda Palestin untuk bertempur dengan pasukan Israel dan bangkit membela tapak suci Islam mereka.

Reaksi terbaru adalah serangan tikaman yang dilakukan pada petang Jumaat oleh seorang pemuda Palestin di penempatan haram Halamish, utara Ramallah. Tiga penduduk Yahudi dari keluarga yang sama mati dalam serangan itu.

Serangan itu adalah tindak balas terhadap pengepungan Israel di Masjid Aqsa dan kematian tiga penduduk Palestin ketika pertempuran ganas pada hari yang sama di kawasan yang berbeza di Jerusalem.

BILANGAN ANGGOTA AL QASSAM YANG SEDIKIT TAPI BERKUALITI

Briged Al Qassam adalah sayap ketenteraan HAMAS mempunyai seramai 30’000 keanggotaan. Israel laknatullah pula yang kononnya diakui menduduki tempat ke-4 Tentera terbaik dunia memiliki keanggotaan seramai 720’000 orang masih belum mampu meranapkan pertahanan Briged Al Qassam.

Perlu ingat, Israel memiliki keupayaan ketenteraan yang canggih dan mempunyai sekutu rapat yang memberi dana dan sokongan padu kepada mereka.

Umpama langit dan bumi bukan kalau dinilai kedua dua pasukan. Persoalannya, hari ini sudah masuk hari ke-39, Israel masih gagal mengambil tanah Gaza walaupun sejengkal! Ini rahsia kekuatan Briged Al Qassam

1. UNIT KOMANDO AL QASSAM YANG LICIK

Keberanian komando Al Qassam terkenal dalam strategi peperangan pelbagai. Sebahagian besar kematian tentera Israel adalah disebabkan oleh serangan darat Komando Al Qassam.

Operasi dilakukan secara tersusun dan mesti dilakukan selama dua minit untuk melakukan serangan dan berundur semula ke terowong. Strategi yang menonjol adalah jerangkap samar yang mampu memusnahkan kereta kebal Israel dengan alat kawalan jauh.

2. TERTUBUHNYA SKUAD AMFIBIA AL QASSAM

Buat pertama kali dalam sejarah, negara haram Israel dapat ditembusi melalui jalan laut. Skuad ini dikenali sebagai skuad amfibia. Jumlahnya tak ramai tapi cukup membuatkan musuh tak lena tidur malam. Mereka berjaya menyelinap ke sebuah kem tentera dan melakukan serangan darat secara berdepan.

3. PEMILIKAN ROKET R-160 BERJARAK JAUH

Israel kan dalam Palesin dan Palestin pun dalam Israel. Jadi jarak kedua negara ini sangat dekat dan rapat-rapat. Dengan adanya stok roket R-160 ini, Israel selalu berfikir dahulu sebelum buat apa-apa ancaman.

Roket ini mampu menjangkau sehingga 160km dan pernah berjaya dilancarkan ke Haifa, bahagian paling utara negara haram tersebut. Tiada lagi tempat selamat untuk rakyat israel.

4. SENJATA PENEMBAK TEPAT “GHOUL” BUATAN SENDIRI

Sniper atau senjata penempak tepat yang diberi nama Ghoul ini mampu mencapai jarak sejauh 2km sedangkan sniper biasa hanya mampu pergi sejauh 1km sahaja. Senjata ini dipercayai mempunyai keupayaan teleskopik.

Dan paling best adalah senjata ini adalah buatan Palestin dan banyak negara pun mula berminat untuk memilikinya.

5. PELANCAR ROKET ANTI IRON DROME

Ini sangat memeningkan Israel dan sekutu rapatnya, Amerika. Sistem Iron Drome yang didakwa sebagai sistem penangkas roket terbaik dunia boleh bocor juga di tangan teknologi roket Briged Al Qassam.

Ini memalukan Israel dan Amerika sehingga memaksa Amerika mengeluarkan jutaan dollar untuk menyediakan teknologi baru iron Drome.

6. MEMILIKI PESAWAT TANPA PEMANDU DRONE

Sekali lagi Israel dimalukan setelah Ababil, nama pesawat tanpa pemandu DRONE pertama Briged Al Qassam membuat tinjauan udara di tanah haram israel tanpa disedari.

Kehebatan ini diakui sendiri oleh Israel hingga terpaksa menanggung rugi dan malu teramat. Ayuh kita doakan kemenangan buat umat Gaza dan Palestin.

HURU HARA DI MASJID AL AQSA

Dua daripada mangsa dibunuh oleh anggota polis Israel dan seorang ditembak mati oleh penduduk Yahudi.

Ratusan warga Palestin juga mengalami kecederaan semalam apabila pasukan keselamatan dan tentera Israel menyerang mereka yang protes pro-Aqsa di kawasan-kawasan yang berbeza di Jerusalem, Tebing Barat dan Jalur Gaza.

Sumber : khalifahmailonline.com via mediatembikai.tech

Sumber :MediaOhSem

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password