“Setelah 20 tahun berjuang, dia memang layak menang…” – Nina Ismail Sabri ucap tahniah kepada Wan Azizah

"Setelah 20 tahun berjuang, dia memang layak menang…" – Nina Ismail Sabri ucap tahniah kepada Wan Azizah

Mungkin ramai yang tahu bahawa dia merupakan kakak kepada penyanyi, Dafi Ismail Sabri serta suaminya yang juga seorang pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie. Seorang yang lemah lembut dan bersopan santun, itulah dia Nina Ismail Sabri.

Dibesarkan dengan ‘darah biru’ apabila bapanya seorang anggota Majlis Tertinggi Umno iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, jadi tidak hairan sekiranya wanita berusia 31 itu merupakan penyokong kuat parti Barisan Nasional.

.

Walaupun parti yang disokong kecundang setelah lebih 60 tahun berkhidmat, namun dia bersikap positif dalam menerima kekalahan tersebut dengan hati yang terbuka.

Perkara ini dapat dilihat menerusi laman Instagram miliknya, apabila dia ada memuat naik posting setelah tamatnya Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) beberapa hari yang lalu.

“Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak untuk menciptakan sesuatu, maka cukuplah Dia hanya mengatakan kepadanya: “Jadilah!” Lalu jadilah ia. Kuasa Allah tiada siapa boleh lawan.

“Woke up today with alot of happy postings from my friends, rata rata happy with the change and that gave me a very positive vibe. Malaysia milik semua, dan semalam majority telah sebulat suara memilih.

“Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengundi di Bera yang telah mengundi bapa saya dan saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua supporter dan tulang belakang DSIS yang bertungkus lumus siang dan malam berjuang untuk bapa saya dan menjaga kami dengan baik.

“Kepada followers berlainan parti yang respect each other’s differences that shows a different level of mindset and maturity and i thank you for that.

“Walaupun berlainan parti we should all stay united as Malaysians. Kepada Barisan Nasional, Lets take this as a challenge and a wake up call for us to improve ourselves,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

Nina juga ada memuat naik pujian terhadap Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Instastory miliknya apabila penantian selama 20 tahun telah berakhir dengan jayanya.

Ini kerana kini beliau merupakan wanita pertama yang dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri di negara ini dan sememangnya layak menduduki jawatan tersebut.

.

Memang bersikap profesional Nina ni ya! Sebagai seorang yang berpendidikan tinggi, sudah tentu dia bersikap lebih terbuka tanpa hasrat dengki dalam menerima kekalahan dengan berlapang dada. Kerana semuanya demi kebaikan negara Malaysia yang tercinta!

Sumber : Nina Ismail Sabri

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password