“Serius cantik, sejuk je mata memandang…” – Pakai baju kurung di UK, Sharifah Amani dipuji netizen

"Serius cantik, sejuk je mata memandang…" – Pakai baju kurung di UK, Sharifah Amani dipuji netizen

Bergelar seorang anak seni bukannya mudah kerana segala tindakan dan gerak-geri kita akan sentiasa diperhatikan orang ramai.

Baru-baru ini, Sharifah Amani telah memuat naik di Instagram beberapa keping gambar percutian beliau bersama keluarga di Cardiff, United Kingdom.

Antara gambar-gambar yang dimuat naik, gambar pelakon filem Pekak itu yang memakai baju tradisional Melayu ketika berjalan-jalan di sekitar United Kingdom mendapat perhatian pengikutnya di Instagram.

Para pengikutnya yang kagum dengan cara pemakaian pelakon cantik itu telah menghujani ruangan komen dengan memuji penampilan wanita berusia 32 tahun itu.

Selain daripada itu, Sharifah Amani turut dilihat memakai baju kurung Kedah yang dipadankan dengan seluar jeans biru ketika bersiar-siar di kota Cardiff.

Walau bagaimanapun, ini bukanlah kali pertama pelakon comel ini dilihat memakai pakaian tradisional ketika berada di luar. Sharifah Amani selama ini memang dikenali gemar memakai pakaian tradisional yang lain seperti kurung Pahang, kebaya nyonya atau kurung moden.

Sumber : Sharifah Amani

 

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password