Seorang Wanita Maut Dibunuh Setiap Empat Jam Di Mexico

Sorang remaja atau wanita mati dibunuh setiap empat jam di Mexico, dalam tempoh 10 tahun lau. Itulah statistik mengerikan yang dikeluarkan oleh Institut Statistik dan Geografi Kebangsaan (INEGI) Isnin.

Data tersebut juga menunjukkan antara tahun 2007 hingga tahun 2016, seramai 22,482 orang wanita dibunuh di 32 negeri.

Kes bunuh ini melibatkan pelbagai punca antaranya adalah kecederaan akibat keganasan, lemas, digantung, dibakar atau ditembak.

NINEGI juga turut mengeluarkan data yang menunjukkan siasatan terhadap kes pembunuhan ganas oleh Pejabat Pendakwaraya dan Pejabat Peguam Negara meningkat daripada 1,083 kes pada tahun 2007 kepada 2,735 kes pada tahun 2016.

Antara bandar yang paling banyak menyumbang kepada kematian tersebut adalah bandar Mexico, Guerrero, Hidalgo, Morelos, Puebla dan Tlaxcala kepada jumlah keseluruhan 8,065 kes pembunuhan.

Sumber : The Santiago Times



Sumber : SiakapKeli

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password