Sempena Ramadhan, McD Malaysia rai lebih 500 anak yatim dan asnaf untuk berbuka puasa

Sempena Ramadhan, McD Malaysia rai lebih 500 anak yatim dan asnaf untuk berbuka puasa

Lebih 500 kanak-kanak dari 12 rumah kebajikan di Selangor telah diraikan dalam satu majlis berbuka puasa yang dianjurkan McDonald’s Malaysia yang berlangsung di Masjid Kampung Raja Uda, Persiaran Raja Muda Musa di Klang, Selangor pada 19 Mei lalu.

Majlis itu turut mendapat kerjasama daripada Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Majlis yang berlangsung dengan meriah ini merupakan inisiatif tahunan McDonald’s dengan beberapa organisasi lain bagi menjadikan ia sebagai majlis berbuka puasa dengan jemputan paling ramai pernah diadakan oleh McDonald’s Malaysia.

Dalam majlis tersebut, setiap rumah kebajikan menerima sumbangan RM10,000 dari RMHC manakala kanak-kanak pula menerima RM20 setiap seorang, lalu menjadikan jumlah sumbangan bernilai RM130,000 secara keseluruhan.

Turut hadir bersama dalam majlis itu adalah Setiausaha MAIS, Dato’ Bakhtiar bin Hussin serta Pengarah Urusan dan Rakan Kongsi Tempatan McDonald’s Malaysia, Azmir Jaafar yang merupakan antara tetamu kehormat dalam majlis ini.

Dato’  Bakhtiar dalam ucapannya berkata, MAIS berbesar hati kerana dapat bersama McDonald’s, LZS dan YIDE dalam usaha seperti ini yang bertujuan untuk meraikan kegembiraan anak-anak yatim dan asnaf pada bulan yang mulia ini.

“Usaha yang dilakukan oleh McDonald’s Malaysia, seperti majlis ini, seiring dengan matlamat MAIS, LZS dan YIDE iaitu menjaga kebajikan dan memberi sumbangan kepada golongan yang berhak menerimanya.

Diharapkan supaya anak-anak yang kita raikan pada malam ini terus diberi rezeki yang melimpah-ruah bukan saja di bulan Ramadan tetapi juga di bulan-bulan lain,” ucapnya.

Azmir pula berkata bahawa McDonald’s Malaysia berasa bangga dapat turut serta melibatkan diri dalam aktiviti kebajikan seperti ini apatah lagi sepanjang bulan Ramadan yang penuh barakah ini.

“Kami amat berbesar hati menerima kehadiran lebih 500 anak-anak dari 12 rumah kebajikan pada malam ini dan berharap hari ini merupakan hari yang bermakna buat mereka.

Sebagai sebuah syarikat milik individu Islam, kami turut melaksanakan kewajipan kami untuk membayar zakat bagi membantu serta memberi manfaat kepada golongan fakir miskin di Malaysia,” kata Azmir.

Selain meraikan dan menjamu tetamu dengan pelbagai hidangan tempatan untuk berbuka puasa, McDonald’s Malaysia turut memperkenalkan Nasi McD sebagai menu baharu sempena bulan Ramadan.

Dilancarkan pada 10 Mei lalu, menu Nasi McD ditawarkan khusus sepanjang bulan Ramadan buat para pelanggan mereka yang menggemari hidangan nasi untuk berbuka puasa.

Nasi McD merupakan hidangan nasi yang dimasak sempurna dan disajikan dengan sambal istimewa. Selain itu, pelanggan juga boleh membuat pilihan sama ada telur rebus, ayam Goreng McD, atau kedua-duanya sekali sebagai hidangan tambahan.

Dengan setiap pembelian Nasi McD, pelanggan juga boleh menambah minuman Teh Ais Limau bersaiz medium sebagai satu set hidangan lengkap.

McDonald’s Malaysia pada tahun ini komited meneruskan pelbagai aktiviti tahunan lain bersempena sambutan bulan Ramadan, antaranya termasuklah tajaan moreh di surau, masjid serta 26 institusi pengajian tinggi.

Selain itu, agihan kurma dan air juga turut diberikan kepada orang awam di stesen-stesen LRT yang terpilih untuk berbuka puasa.

Sejak tahun 2016 sehingga kini, kira-kira 10,000 aktiviti bersama komuniti telah dijalankan oleh restoran-restoran McDonald’s di seluruh negara.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

 

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password