Sembilan anggota Polis ditahan ketika serbuan sarang air ketum

SERAMAI 9 orang anggota polis dilaporkan antara 15 orang yang ditahan ketika pihak berkuasa menyerbu sebuah sarang menjual air ketum di Kepong.

Kesemua anggota polis berkenaan yang berusia antara 26 hingga 36 tahun, ditangkap bersama pemilik sarang berkenaan serta pelanggan-pelanggan lain ketika serbuan dijalankan pada jam 5.45 petang hari Jumaat yang diketuai oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.

Menurut satu sumber pihak polis yang memaklumkan kepada Malay Mail, anggota polis berkenaan ada menjelaskan kepada penyiasat alasan mengapa ditangkap di lokasi berkenaan.

“Mereka mendakwa tekanan tugas menyebabkan mereka ke kawasan itu untuk mencari jus ketum,” kata sumber itu yang dipetik oleh Malay Mail.

Sumber itu turut memaklumkan bahawa suspek-suspek yang ditahan adalah dari:

Jabatan Siasatan Trafik Bukit Aman, unit rondaan ibu pejabat daerah Gombak, Jabatan Siasatan Jenayah daerah Gombak, Balai Polis Desa Jaya, dan balai polis Prima Sri Gombak.

Kereta milik salah seorang anggota polis tersebut turut diperiksa sebelum kesemua suspek dibawa ke balai polis Desa Jaya, bagi menjalani ujian air kencing.

Menurut sumber itu lagi, pegawai JIPS sedang menyoal siasat pemilik sarang ketum tersebut yang berusia 22 tahun, berasal dari Kupang, Kedah ketika seorang lelaki berusia 36 tahun cuba keluar dari lokasi berkenaan.

Lelaki itu sedang membawa botol-botol 1.5 liter yang dipercayai mengandungi jus ketum yang dibelinya dengan harga RM18 sebotol.

“Pemilik sarang itu kemudian mengakui membeli dan memproses daun daun ketum untuk dijadikan air ketum sebelum menjualnya,” kata sumber itu.

“Jelas sekali dia (pemilik sarang) dapat bekalan dari seseorang yang dikenali sebagai Dolak, yang menjual daun-daun ketum kepadanya pada harga RM30 hingga RM40 sekilogram,”

Pegawai berkenaan menemui 26 botol air ketum berjumlah 39 liter disimpan dalam peti sejuk. Mereka telah memeriksa kawasan berkenaan sebelum menangkap sembilan anggota polis dan empat lagi yang sedang duduk di situ.

Individu lain yang ditahan berusia antara 24 hingga 29 tahun berasal dari Pulau Pinang Kedah dan Perak. — 23 November 2017

Sumber — Yahoo News



Sumber : MiloSuam

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password