Semak senarai hitam imigresen kini boleh dibuat di KLIA

WARGANEGARA Malaysia yang ingin ke luar negara, kini dilaporkan boleh menyemak senarai hitam imigresen di Lapangan Terbang Kuala Lumpur, KLIA.

semak senarai hitam imigresen
Kaunter kawalan passport Imigresen KLIA

Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali memaklumkan bahawa kini terdapat tiga kiosk pra-imbasan yang dipasang di KLIA pada hari Isnin 27 November 2017.

“Terdapat seramai hampir 800,000 rakyat Malaysia dalam senarai hitam imigresen (tidak dibenarkan untuk ke luar negara),

“Sekiranya mereka ini yang telah disenarai hitam, cuba melalui kaunter imigresen, (kaunter kawalan passport), sudah tentu mereka akan disekat di sana,”

“Dengan adanya kiosk ini, kami memberikan perkhidmatan kepada orang awam supaya mereka dapat mengetahui status mereka sebelum pergi ke kaunter kawalan pasport, dan mereka boleh menghubungi agensi-agensi berkaitan (yang menyenaraihitamkan mereka) untuk menyelesaikan isu tersebut,” katanya.

Menurutnya lagi, kiosk berkenaan ditawarkan melalui usahasama dengan pihak swasta Datasonic yang menyediakan sistem berkenaan untuk kegunaan Jabatan Imigresen.

Setakat ini seramai 790,186 warganegara Malaysia telah disenarai hitam oleh pelbagai agensi seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Jabatan Insolvensi.

Tambahnya lagi, kiosk seperti itu juga akan dipasang di KLIA2 dalam masa terdekat. — 27 November 2017



Sumber : MiloSuam

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password