Selepas Nora Danish dan Dahlia Shazwan, kini tiba giliran Lan Solo pula timang cahaya mata

Selepas Nora Danish dan Dahlia Shazwan, kini tiba giliran Lan Solo pula timang cahaya mata

 

Penghujung bulan Februari pada tahun ini sangat meriah dengan kelahiran bayi-bayi comel artis tempatan seperti Nora Danish, Dahlia Shazwan, Norzizi Zulkifli dan Fazreen Rafi baru-baru ini.

Setelah kita digembirakan dengan dengan berita kelahiran bayi Nora Danish dan Dahlia Shazwan pada minggu lepas, kini tiba giliran Lan Solo turut menimang cahaya matanya selepas isterinya dilaporkan selamat melahirkan anak beliau yang keempat baru-baru ini.

.

Menerusi kapsyennya itu, beliau meluahkan rasa kesyukuran kepada Yang Maha Esa kerana isterinya, Nur Sheila Hassim telah selamat melahirkan seorang lagi puteri ketiga selepas anak perempuan mereka, Nur Amna Qaleesya, 7 tahun dan Nur Amna Qeesyara, 6 tahun.

Anak keempat pasangan Lan dan Sheila ini telah selamat dilahirkan secara normal dengan berat 2.5 kilogram pada jam 4.10 pagi. Kedua-duanya berada dalam keadaan baik dan stabil.

Lan yang dalam perjalanan ke airport untuk menjayakan sebuah persembahan di Sabah turut mengucapkan terima kasih kepada peminat yang  telah mendoakan isteri dan anaknya.

Rata-rata netizen telah memberi ucapan tahniah kepada Lan dan isteri menerusi ruangan komen dalam gambar tersebut.

Lan dan Sheila telah mendirikan rumah tangga pada 9 Disember 2009 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata yang comel iaitu Nur Amna Qaleesya, 7 tahun Nur Amna Qeesyara, 6 tahun dan Muhammad Akid Qassyaff, 4 tahun.

Walau bagaimanapun, mereka belum menetapkan nama kepada bayi keempattnya itu dan masih memikirkan tentang hal tersebut.

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password