Selepas lengan, kini payudara Uqasha pula tarik perhatian haters di internet

Selepas lengan, kini payudara Uqasha pula tarik perhatian haters di internet

Sejak dua menjak kebelakangan ini, pelako jelita Uqasha Senrose sering menjadi tumpuan netizen terutamanya di kalangan haters beliau yang tidak berhenti mengecam beliau sejak pelakon jelita itu meninggalkan imej bertudungnya sehinggalah insiden Uqasha telah didapati berkongsi gambar yang telah di-edit di laman Instagram beliau.

Terbaru, foto Uqasha memakai busana hijau yang seksi sehingga menampakkan bentuk buah dadanya mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Mereka menganggap pakaian Uqasha agak keterlaluan sehingga kaum wanita juga malu melihat penampilan Uqasha sebegitu.

Saya perempuan pun malu tengok

Berikut merupakan antara reaksi netizen apabila melihat gambar-gambar yang telah dikongsikan oleh Uqasha di laman Instagram beliau baru-baru ini.

 

 

Mungkin kerana tidak sampai hati melihat Uqasha sering dikecam di laman-laman media sosial sejak kebelakangan ini, kekasihnya telah tampil kehadapan untuk membela Uqasha.

Di dalam sebuah kenyataan kepada Kosmo, Hefny Sahad telah memberitahu bahawa dia enggan ambil pusing tentang kata-kata netizen yang mengecam penampilan Uqasha.

Semuanya bermula bila pelakon wanita jelita memuat naik gambar dia memakai busana hijau, didakwa menampakkan bentuk badannya dan aset-aset yang tidak sepatutnya sehingga ada yang meminta Uqasha untuk simpan sedikit untuk suami.

“Pada saya baju yang dipakai Uqasha tidaklah terlalu seksi atau terdedah sana sini, mungkin menampakkan bentuk badannya sahaja. Begitu pun, ia merupakan aset yang dikurniakan Tuhan untuknya.

“Artis memang akan menjadi perhatian masyarakat, jadi kita tidak boleh menutup mulut orang. Buat baik pun tetap akan dikecam. Saya tidak mahu memanjangkan hal ini, berilah komen apa sahaja, moga mereka diberi ketenangan suatu hari nanti,”



Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password