Selepas Beberapa Jam Lakukan Pembedahan Otak, Doktor Baru Tersedar Rupa-Rupanya Tersilap Pesakit..

Selepas Beberapa Jam Lakukan Pembedahan Otak, Doktor Baru Tersedar Rupa-Rupanya Tersilap Pesakit..

 

 

NAIROBI: Seorang pakar bedah otak di sebuah hospital terkemuka di Kenya telah digantung tugas selepas menjalankan pembedahan ke atas pesakit yang salah.

Sebelum ini, kejadian yang tersebar di media sosial menggemparkan ramai pihak terutama kerana melibatkan Hospital Nasional Kenyatta di mana kakitangannya didakwa melakukan serangan seksual terhadap pesakit dan mencuri bayi.

Menurut hospital berkenaan, pakar bedah bersama dua jururawat dan pakar bius juga digantung tugas sehingga siastan selesai.

Menteri Kesihatan, Sicily Kariuki juga menggantung tugas ketua pegawai eksekutif hospital berkenaan.

Siasatan yang dijalankan Daily Nation mendedahkan, dua lelaki telah dibawa ke hospital Ahad lalu.

Seorang perlu menjalani pembedahan bagi mengeluarkan darah beku pada otaknya, manakala seorang lagi memerlukan rawatan dan ubat untuk kepalanya yang membengkak.

Bagaimanapun, beberapa jam selepas doktor terlibat melakukan pembedahan, tiada kesan darah beku ditemui pada pesakit kerana telah tersalah orang, demikian lapor akhbar berkenaan.

Image result for Hospital Nasional Kenyatta

“Pihak hospital kesal dengan kejadian ini dan langkah terbaik sedang dilakukan untuk menjamin keselamatan dan kebajikan pesakit,” demikian kenyataan yang dikeluarkan hospital itu.

Setakat ini, pesakit yang dibedah itu dalam proses pemulihan dan beransur pulih.

Hospital Nasional Kenyatta adalah yang tertua dan terbesar di Kenya dan menawarkan kursus untuk pelbagai jawatan dalam bidang perubatan.

Sumber : PenMerah

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password