“Selamat Tinggal Yahoo! Messenger.” Selepas 20 Tahun Berkhidmat, YM Akan Menamatkan Operasinya Pada 17 Julai Ini..

“Selamat Tinggal Yahoo! Messenger.” Selepas 20 Tahun Berkhidmat, YM Akan Menamatkan Operasinya Pada 17 Julai Ini..

JIKA anda berusia 20 tahun ke atas, pasti anda pernah menggunakan aplikasi ‘chat room’ atau ruang bersosial, Yahoo! Messenger suatu masa dahulu.

Aplikasi tersebut telah berjaya mengeratkan hubungan rakan-rakan, ahli keluarga mahupun kenalan baharu seluruh dunia.

Namun, ini berita sedih buat anda yang pernah menggunakan khidmat Yahoo! Messenger.

Tanggal 17 Julai ini, Yahoo! Messenger akan menghentikan operasinya pada 17 Julai ini.
Image result for After 20 years, Yahoo Messenger will shut down on July 17

Buat anda yang masih mempunyai mesej-mesej kenangan manis dalam aplikasi itu, anda boleh muat turun mesej tersebut ke dalam komputer peribadi anda sehingga November ini.

Pastinya, ramai yang tidak akan dapat melupakan emoji Yahoo! Messenger untuk menggambarkan emosi ketika sedang berinteraksi chat room YM.

Emoji ‘smiley’, ‘lovestruck’, ‘call me’, ‘hug me’, ‘blushing’, ‘clown’ dan ‘surprise’ begitu ikonik!

Yahoo dalam satu kenyataan berkata, syarikat itu menghargai pengguna Yahoo! Messenger sejak awal penubuhannya pada tahun 1997.

“Oleh kerana landskap komunikasi yang kian membangun, kami lebih memfokuskan untuk mencipta dan memperkenalkan rekaan aplikasi terbaharu yang lebih memenuhi kehendak pengguna,” katanya.

Tambahnya, penghentian operasi Yahoo! Messenger tidak akan menjejaskan servis aplikasi lain seperti Yahoo Mail dan Yahoo Fantasy.

 

Sumber : PenMerah

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password