Selalu acah mereka punya, ini senarai ‘claim’ oleh orang Indonesia

Selalu acah mereka punya, ini senarai 'claim' oleh orang Indonesia

Baru-baru ini kecoh di Instagram apabila seorang warga Indonesia ‘claim’ bahawa lagu Rasa Sayang yang didendangkan oleh pelakon Sharifah Sakinah berasal dari Indonesia.

Ruangan komen posting tersebut menjadi tempat perdebatan hangat apabila pelakon itu membalas jerebu juga asalnya dari negara seberang.

Ramai yang terhibur dengan gelagat mereka yang rata-rata memberi ‘claim’ beberapa lagi yang benda juga asalnya dari Indonesia seperti rendang, wayang kulit dan batik.

Agak merepek bukan? Jadi disini mari kita lihat apa lagi yang warga Indonesia ‘claim’ berasal dari negara mereka:

Wah senang-senang je kan kata dari Indonesia? Sebenarnya tiada bukti pun yang Burhanudin Radzi ni belajar animasi di Indonesia. Rekod menunjukkan beliau hanya belajar dalam bidang gas & minyak di sana. Isu ini tidak logik!

Kes ini terjadi apabila portal berita antarabangsa CNN menyenaraikan cendol Malaysia di dalam slot CNN Travel. Setelah mendapat kecaman daripada warga Indonesia, CNN menukar nama cendol itu ke Indonesia. Tak tahu malu betul.

Portal berita antarabangsa The Guardian juga turut menulis bahawa cendol merupakan pencuci mulut kegemaran rakyat Malaysia dan menyatakan bahawa cendol sudah ada sejak 80 tahun lagi.

Kegemaran Rakyat Malaysia

Sewaktu lagu Yuna ‘Crush’ sedang terkenal, penyanyi antarabangsa Usher memuat naik gambar mereka bersama di akaun Instagram miliknya. Dan ketika itu ada beberapa orang Indonesia yang mengaku Yuna berasal dari negara mereka.

Amboi, suka hati mereka saja ya. Buat pengetahuan semua, Yuna memang berasal dari Malaysia!

Satu lagi siri animasi yang dituntut oleh orang Indonesia. Naruto yang sebenarnya asal daripada negara Jepun dicipta oleh Masashi Kishimoto. Maaf ya orang Indonesia, sila kaji fakta anda terlebih dahulu.

Ya betul tu rakyat Malaysia sekalian. Rakyat Indonesia menuduh rakyat Malaysia mencuri lagu mereka. Jangan risau semua rakyat Malaysia, ini semua hanyalah auta semata-mata.

Ahli sejarah Malaysia Tan Sri Khoo Kay Kim sudah mengesahkan bahawa ia bukanlah berasal dari Indonesia tetapi dari La Rosalie.

Rakyat Malaysia dan Indonesia haruslah berbaik

Walaupun perasaan kurang senang kerana hampir semua perkara dituntut berasal dari Indonesia, bukan semua rakyat mereka berfikiran begitu.

Oleh itu, semua persengketaan haruslah diselesaikan dengan cara yang baik dan bersopan santun.

Sumber: Sharifah Sakinah, The Guardian

 

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password