“Selagi berlapik, takde masalah even peluk cium.” – Peminat berbalah adegan peluk Neelofa dan Zul Ariffin

"Selagi berlapik, takde masalah even peluk cium." – Peminat berbalah adegan peluk Neelofa dan Zul Ariffin

 

Siapa yang tidak mengenali Michael Ang, pengarah telefilem dan drama berbangsa Cina ini cukup terkenal dengan kisah-kisah sweet arahan beliau yang sering meletup dan popular dalam kalangan peminat drama tempatan.

Terbaru, beliau telah memuat naik gambar mesra pelakon kacak, Zul Ariffin bersama pelakon dan pengacara popular, Neelofa bagi tujuan mempromosikan drama arahan terbarunya, Ti Amo Sweetheart 100 di laman sosial Instagram miliknya.

Namun tidak lama selepas itu, gambar tersebut dihujani dengan pelbagai komen daripada netizen yang rata-rata kurang selesa melihat pose kedua pelakon tersebut yang kelihatan seakan-akan berpelukan itu. Ini kerana Neelofa sangat sinonim dengan imej muslimah dan telah bergelar seorang ‘hajah’.

.

Walau bagaimanapun, tidak kurang ada juga yang teruja dan tidak sabar untuk melihat keserasian antara mereka berdua ketika berganding dalam drama yang dikatakan bakal mencipta fenomena baru itu.

.

Drama arahan Michael Ang yang sedang menjalani penggambaraan di Rom, Itali itu merupakan adaptasi novel hasil karya Suri Ryana dan bakal ditayangkan di saluran Astro sempena Hari Raya Aidil Fitri nanti.

Sumber : Michael Ang

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password