‘Seks untuk kerja’: Polis minta buat laporan

Ketua Polis Sentul Asisten Komisioner R Munusamy menggesa pihak yang mengetahui berkaitan dakwaan seorang pemimpin bahagian MIC meminta habuan seks daripada remaja tampil membuat laporan polis.

Munusamy berharap laporan polis dapat dibuat supaya siasatan dapat dimulakan, lapor New Straits Times.

Beliau sendiri, katanya dimaklumkan berkaitan perkara itu oleh Bendahari Agung MIC Datuk Seri S Vell Paari.

“Dia telefon saya dari India semalam dan kongsi cerita individu itu…

“Saya gesa dia atau sesiapa sahaja supaya lapor polis dulu supaya polis boleh mulakan siasatan,” Munusamy dipetik sebagai berkata.

Pemimpin akar umbi MIC itu dilapor telah meletakkan jawatan selepas perbualan telefonnya dengan seorang wanita diedarkan di media sosial.

Dalam perbualan itu, beliau berjanji mencari kerja untuk anak gadis wanita itu jika remaja itu sanggup tidur dengannya.

“Beritahu saya masa dan di mana, dan berapa lama sesi itu. Jika dia tidak berminat, sila beritahu saya, saya akan gugurkan tawaran ini, kerana terdapat banyak gadis lain menunggu,” katanya.

[Baca berita asal]



Sumber : MalaysiaKini – LensaKini

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password