Sekitar majlis perkahwinan Putera Harry, namun David Beckham pula jadi tumpuan

Sekitar majlis perkahwinan Putera Harry, namun David Beckham pula jadi tumpuan

Setelah sekian lama menanti, akhirnya jutaan peminat diraja seluruh dunia menjadi saksi penyatuan antara pewaris keenam takhta Britain Putera Harry dengan aktres, Meghan Markle di Gereja St George, Istana Windsor semalam.

Ribuan rakyat tidak melepaskan peluang ke istana tersebut untuk menjadi sebahagian daripada upacara perkahwinan diraja, termasuk beberapa bintang terkemuka dunia.

Majlis berlangsung dalam suasana meriah itu telah dihadiri kaum kerabat diraja Britain dan rakan-rakan Markle yang terdiri daripada selebriti terkenal Hollywood seperti Elton John, Oprah Winfrey dan David Beckham serta pasangan.

Sebaik sahaja selesai majlis tersebut, kedua-dua pasangan diraja itu akan menggunakan gelaran Duke dan Duchess of Sussex, gelaran yang dianugerahkan oleh Ratu Elizabeth beberapa jam sebelum majlis perkahwinan itu berlangsung.

Jom kita tengok sekitar majlis yang gilang gemilang itu! Majlis perkahwinan diraja anak bongsu kepada mendiang Puteri Diana dan Putera Charles itu berlangsung dengan sempurna dan dipancarkan di seluruh dunia. Hebatnya!

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Namun dalam ramai-ramai selebriti yang hadir, sudah tentu David Beckham yang paling menjadi tumpuan lensa kamera apabila sudi hadir bersama Victoria Beckham di majlis tersebut.

Ini terbukti apabila nama mereka menjadi bualan netizen di laman media sosial sehingga mendapat lebih banyak liputan media daripada pasangan diraja berkenaan. Amboi!

.

.

.

Sumber : Astro Awani

 

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password