“Sejuk hati mendengarnya walaupun beratus kali didenda…”- Cara ustaz ini mendenda pelajarnya di madrasah dapat pujian netizen

"Sejuk hati mendengarnya walaupun beratus kali didenda…"- Cara ustaz ini mendenda pelajarnya di madrasah dapat pujian netizen

Selalunya sewaktu di sekolah dulu, guru-guru akan mendenda pelajar-pelajar mereka dengan meminta pelajar-pelajar ini untuk berdiri di luar kelas ataupun di atas kerusi.

Namun bagi seorang tenaga pengajar di sebuah madrasah ini, beliau mempunyai idea yang lebih baik bagi mendidik pelajar-pelajar di madrasahnya.

Ustaz Neezam Al-Banjari menerusi laman Facebook beliau telah memuatnaik sebuah video pelajar yang sedang didenda oleh guru mereka.

Tiga orang pelajar di dalam video itu telah diminta untuk mengalunkan qasidah sebagai denda di atas kesalahan mereka.

Netizen yang berasa kagum dengan teknik itu terus memuji Ustaz Neezam dengan menyifatkan ianya merupakan suatu langkah yang baik bagi mendidik pelajar-pelajar di madrasah itu supaya lebih berdisplin disamping dapat memperbaiki tahap hafazan mereka.

Selain itu ramai yang berasa terharu mendengar suara pelajar-pelajar yang merdu ketika mengalunkan qasidah.

Sumber : Ustaz Neezam Al-Banjari



Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password