SEDIA TAMBAH ANAK

MYARTIS.COM | MYARTIS | MY | ARTIS: SEDIA TAMBAH

 

“Saya sangat bersedia dan kami sedang berusaha untuk menimang anak kedua,” kata pelakon Puteri Sarah Liyana yang memberitahu dia dan suami Syamsul Yusof sedang berusaha untuk mendapatkan cahaya mata kedua walaupun anak sulungnya iaitu Syaikhul Islam baru sahaja mencecah usia lapan bulan.

Sarah berkata, meskipun ada merasakan masih terlalu awal untuk dia hamil namun dia sudah bersedia kerana inginkan cahaya mata yang ramai.

Malah, Sarah sudah mendapatkan nasihat doktor dan beliau juga tidak mempunyai sebarang masalah untuk hamil lagi.

“Kalau boleh saya mahukan anak perempuan tetapi Syamsul ingin anak lelaki lagi. Namun jika ada rezeki, kami tidak kisah (jantina).

“Sebenarnya kami berdua memang berharap untuk memiliki anak yang ramai. Sebab itu saya tidak kisah sekiranya diberi rezeki untuk hamil lagi dalam masa terdekat ini,” ujarnya.

Nampaknya kehidupan Sarah dan Syamsul pasti akan bertambah meriah kalau mempunyai anak yang ramai. Kata orang, bukan sahaja kebahagiaan tetapi rezeki juga akan datang berlipat kali ganda.

Apa-apapun, semoga hasrat mereka untuk menimang cahaya mata lagi akan termakbul.

Sumber : MyArtis

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password