SEBUTAN SEMULA KES AKTIVIS PPIM CEROBOH STOR KERETA 22 DISEMBER – FMT NEWS – 24/11/17

 

Sebutan semula kes aktivis PPIM ceroboh stor kereta 22 Disember Free Malaysia Today

KAJANG: Mahkamah Majistret hari ini menetapkan 22 Disember ini untuk sebutan semula kes Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Muhamad Yusof Azmi dan Ketua Operasi Unit Tindakan Khas PPIM Ali Salimin yang didakwa atas 2 pertuduhan melakukan khianat dan menceroboh sebuah stor kereta, Julai lepas.

Majistret Nor Afidah Idris menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Megat Mahathir Megat Tharih Afendi memaklumkan beberapa dokumen berkaitan kes itu masih belum lengkap dan memohon satu tarikh baharu untuk serahan dokumen.

Peguam Mohd Fadhly Yaacob yang mewakili kedua-dua tertuduh tidak mengemukakan sebarang bantahan terhadap permohonan itu.

Pada 24 Oktober lepas, Yusof yang lebih dikenali sebagai Yusof Azmi, 27, dan Ali yang dikenali sebagai Abang Ali, 50, mengaku tidak bersalah dengan niat bersama bersubahat melakukan perbuatan khianat dengan memotong kunci pagar Stor Syarikat AGR Auto Trade Sdn Bhd, yang mana kesalahan tersebut dilakukan hasil daripada persubahatan bersama.

Kedua-duanya didakwa melakukan kesalahan itu di Stor Syarikat AGR Auto Trade Sdn Bhd, Lot 1926A Sungai Sikamat, Jalan Cheras Batu 13, pada 3.30 petang, 10 Julai lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 109 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 5 tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kedua-dua mereka turut mengaku tidak bersalah dengan niat bersama bersubahat melakukan kesalahan pencerobohan jenayah antara 3.30 petang dan 7.30 malam, di tempat dan tarikh sama mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 109 kanun serupa, yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 3 bulan atau dengan denda maksimum RM3,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Berita selanjutnya di http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/11/24/sebutan-semula-kes-aktivis-ppim-ceroboh-stor-kereta-22-disember/

SEBUTAN SEMULA KES AKTIVIS PPIM CEROBOH STOR KERETA 22 DISEMBER – FMT NEWS – 24/11/17 was last modified: November 27th, 2017 by Shariena

Sumber : PPIM

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password