“Sebenarnya saya nak pakai seluar ‘loose’ tapi….” – Janna Nick dikecam peminat gara-gara memakai ‘skinny’ yang ketat dan sendat

"Sebenarnya saya nak pakai seluar 'loose' tapi…." – Janna Nick dikecam peminat gara-gara memakai 'skinny' yang ketat dan sendat

 

Pelakon popular, Janna Nick telah mendapat kecaman hebat daripada netizen gara-gara beliau telah mengenakan seluar skinny yang terlalu ketat sehingga menampakan betuk kakinya yang gempal semasa mengacarakan program hiburan, Melodi semalam.

Menurut Janna, beliau sudah meramalkan reaksi peminat-peminatnya apabila melihat dirinya mengenakan seluar itu.

Menurut aktres berusia 23 tahun itu, beliau menolak untuk memakai seluar tersebut kerana berasa tidak selesa dan terlalu ketat. Janna sepatutnya ingin memakai seluar loose kerana ia merupakan seluar yang selesa bagi Janna.

Namun, Vee Nazrah yang merupakan pembantu peribadi Janna hanya mampu menjawab dengan tenang dan menjelaskan bahawa beliau terpaksa meminta Janna memakai seluar berkenaan kerana ia lebih sesuai dipadankan dengan pakaian yang dikenakan Janna yang bertemakan rock n roll ketika mengacarakan program Melodi.

Tambah Vee, seluar loose hanya sesuai digayakan untuk ke pejabat.

Walau bagaimanapun, Janna telah memohon maaf  melalui Instagram Story dan menyedari bahawa beliau telah tersilap memilih skinny ketika mengacarakan program Melodi.

Tambahnya, beliau akan lebih berhati-hati di masa akan datang dalam pemilihan fesyen (seluar dan baju) agar tidak mengulangi kesilapan yang sama.

Janna yang bersikap postitif telah menerima teguran daripada peminatnya dengan hati yang terbuka dan berterima kasih kerana telah mengambil berat terhadapnya.

Janna dan Ajak (Shiro) telah menggalas tugas sebagai hos baru program hiburan Melodi sejak Januari lalu telah menggantikan tempat Awal Ashaari dan Muhammad Azmir Selamat atau AG.

Rata-rata peminat Janna memberikan respond yang agak kecewa dan tidak suka artis kegemaran mereka memakai seluar yang terlalu ketat seperti apa yang dipakainya ketika mengacara di dalam program Melodi.

.

.

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password