‘Sebelum nahas, Emy AF2016 keluar rumah kelam-kabut’

Bekas peserta program realiti Akademi Fantasia (AF) 2016, Zahrul Hilmi Badrul Hisam maut selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggangnya bertembung dengan sebuah lori.

Kejadian berlaku di Jalan Tamparuli-Ranau dekat Kampung Kelawat, Tamparuli, Tuaran pada jam 1 tengah hari tadi.

Zahrul Hilmi atau dikenali sebagai Emy, 25, maut di lokasi kejadian akibat mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.

Ketua Polis Daedah Tuaran, Deputi Superitendan Dzulbaharin Ismail berkata, nahas berlaku akibat motisikal Kawasaki Z800 ditunggang mangsa dari arah Tamparuli menghala ke Ranau dipercayai hilang kawalan.

“Susulan itu, motosikal mangsa memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan lori tiga tan dipandu lelaki berusia 55 tahun.

Anggota Buska Basker

“Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya seperti dilapor The New Straits Times.

Emy yang berasal dari Kampung Selupoh, Tuaran ialah anggota kumpulan Buska Basker. Arwah aktif semasa hayatnya dengan membuat persembahan di sekitar Kota Kinabalu dan daerah berhampiran.

Sementara itu, bapa saudara mangsa, Ahmad Daud, 53, ketika ditemui di hospital Tuaran berkata anak saudaranya keluar dari rumah dalam keadaan kelam kabut.

Tetapi dia sempat bersalaman dengan bapanya, Badrul Hisam Kumut, 50-an.

“Menurut ayah mangsa, arwah dikatakan mahu ke Ranau untuk bertemu dengan seorang lagi rakannya dengan menaiki motosikal berkuasa tinggi, namun rakannya membatalkan niat manakala arwah tetap mahu pergi dan meneruskan perjalanan seorang diri.

Senyuman terakhir

“Selalunya dia akan minum dahulu sebelum menunggang motosikal untuk perjalanan jauh, tetapi kali ini tidak dan ia jelas dilihat melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumahnya di Kingfisher Sulaman di Kota Kinabalu sebelum bersalam dengan ayahnya,” katanya.

Menurutnya, beberapa hari lalu, arwah yang juga juara Joharockstar 2016 sempat mengadakan persembahan di Tuaran.

“Ibunya dalam perjalanan pulang dari Amerika Syarikat dan dijangka tiba di Kuala Lumpur esok sebelum bertolak ke Sabah.

“Kali terakhir saya bercakap dengan arwah dua hari lalu dan menasihatinya supaya tidak menunggang motosikal terlalu laju dan dia menganggukkan kepala, tak sangka itu senyuman terakhirnya yang saya lihat,” katanya.

Sumber : MalaysiaKini – Seni & Hiburan

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password