Sebab ‘serang’ Syed Saddiq, Dira Abu Zahar layak dapat gelaran Anugerah Wanita Terbodoh?

Sebab 'serang' Syed Saddiq, Dira Abu Zahar layak dapat gelaran Anugerah Wanita Terbodoh?

Laman media sosial menjadi kecoh semalam apabila Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membalas teguran pelakon, Dira Abu Zahar yang melabelkannya sebagai ‘Yang Budak-Budak’.

.

Terbaru, Exco Puteri Umno itu telah memuat naik posting terbaharu di laman Instagram miliknya mengenai kebangkitan yang akan diperjuangkan dalam bidang politik pada masa akan datang.

“……. and I have promised to myself, that I will keep on looking for you. I will comeback. To the future. #bangkit,” katanya menerusi ruangan kapsyen.

.

Ruangan komen posting tersebut telah dihujani dengan pelbagai kritikan dan kecaman daripada netizen yang seakan-akan tidak berpuas hati dengan tindakan pelakon filem Kimchi Untuk Awak itu sebelum ini.

.

.

Walau bagaimanapun, ada juga individu yang menyifatkan wanita berusia 34 tahun itu sepatutnya tercalon bagi ‘Anugerah Wanita Terbodoh’ kerana sering mencetuskan kontroversi berkaitan dunia politik.

Terdahulu, Syed Saddiq yang juga Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PBBM) memperli pelakon itu sebagai ‘lurus’ kerana terlalu mengambil serius terhadap postingnya sebelum ini yang merupakan satu gurauan.

Sumber : Dira Abu Zahar

 

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password