Sayu! Wanita Kongsikan Gambar Menyentuh Hati Saat-Saat Akhir Anak Dan Bapa Hidap Kanser Menunggu Saat Kematian Yang Hampir Tiba..

Sayu! Wanita Kongsikan Gambar Menyentuh Hati Saat-Saat Akhir Anak Dan Bapa Hidap Kanser Menunggu Saat Kematian Yang Hampir Tiba..

 

Braylynn bersama datuknya, Sean Peterson

 

IA hanya sekeping gambar, tetapi sudah cukup untuk menyimpulkan kesedihan sebuah keluarga apabila seorang budak perempuan berusia lima tahun bergelut dengan kanser otak tahap empat.

Image result for Ally Parker, Braylynn,

Anak perempuan Ally Parker, Braylynn, dijangka dapat hidup beberapa minggu sahaja lagi selepas di diagnosis dengan Diffuse Intrinsic Pontine Glioma (DIPG) pada 6 Disember.

Related image

Dalam masa yang sama, bapa Parker juga berjuang untuk hidup apabila menghidap penyakit motor neuron.

Parker telah memuat naik foto di Facebook yang membuatkan hati netizen hancur luluh, pada Ahad, menunjukkan bapanya, Sean Peterson, meraung di tepi katil cucunya di hospital.

Peterson dan Braylynn kedua-duanya sedang berjuang melawan penyakit masing-masing dan ekspresi wajah Peterson di katil hospital menterjemahkan segala-galanya.

Parker kini menunggu saat kehilangan kedua-dua insan kesayangannya dalam masa beberapa minggu lagi dan telah membuka laman GoFundMe untuk mengumpul sumbangan $300,000, lapor The Daily

Tidak tahan dengan situasi yang tidak tertanggung itu dan mahu meningkatkan kesedaran orang awam, Parker telah membuat posting kemas kini mengenai keadaan anaknya dan kesihatannya yang semakin merosot.

.

Image result for Ally Parker, Braylynn,

 

Di bawah tagline ‘Batalion Braylynn’ Parker menulis: “Kita semua fikir mereka akan hidup lebih lama daripada kita dan kita pastinya tidak pernah menganggap bahawa Braylynn yang begitu berharga bagi diri saya akan pergi dulu. Tahun lepas adalah sukar bagi kami, tetapi saya tidak dapat menjelaskan betapa sukarnya tahun ini dan apa yang telah dilalui.

Image result for Ally Parker, Braylynn,

“Dalam beberapa hari saya perlu mengebumikan anak kecil yang cantik ini. Beberapa bulan, mungkin minggu atau nanti, saya perlu mengebumikan bapa saya.

Parker menyiarkan mesej berikut di Facebook pada 7 Januari: “Hari ini adalah hari yang akan menjadi hari paling teruk dalam hidup saya dan dalam masa kurang dari seminggu, saya akan mempunyai hari yang lebih dahsyat.


“Hari ini adalah hari yang semua orang akan mengucapkan selamat tinggal buat kali terakhir mereka, kepada budak berusia lima tahun. Ini tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa pun. Tiada seorang pun di dunia ini yang cukup tabah dan layak merasakan apa yang saya rasa sekarang. Anak saya berhak menjalani kehidupan bahagia dan begitu juga setiap anak lain yang menghidap DIPG.

Image result for Ally Parker, Braylynn,

“Kita perlu menamatkannya. Tiada lagi kanak-kanak patut mendapat penyakit ini dan dibenarkan mati kerananya. Kita perlu mencari ubatnya. Kanak-kanak ini layak mendapat lebih dari itu, suatu hari nanti seseorang perlu mengetahui apa penawarnya.”

Dalam satu lagi kemas kini, Parker berkata masih ada harapan untuk Braylynn kerana keluarganya bersedia untuk bertemu doktor baharu yang tidak sanggup untuk berputus asa dengannya.

“Kemungkinan kematiannya masih sama, tetapi sekali lagi, kami telah menunjukkan semangat dan harapan. Dalam pertemuan ini, kami akan membincangkan kemudahan mana yang terbaik untuknya pada peringkat ini dan kami akan memilih yang terbaik.

“Saya sangat bangga dengan Braylynn, dia sentiasa menjadi seorang anak yang tabah tetapi saya selalu rasa dia tidak kuat. Saya tidak akan membuat kesalahan itu lagi.”

Menurut Yayasan St. Baldrick, hanya empat peratus pembiayaan persekutuan AS diperuntukkan untuk penyelidikan kanser kanak-kanak.

Parker berharap foto ini dan kisah anak perempuannya dapat membantu meningkatkan kesedaran dan diharapkan dapat membawa kepada lebih banyak inisiatif kutipan dana yang didedikasikan untuk mencari penawar. -mirror

Sumber : PenMerah

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password