“Saya Tak Pernah Sambut Hari Lahir Mak”-Netizen Tersentuh Hati Tengok Aliff Syukri Buat Kejutan Hari Lahir Buat Ibu

“Saya Tak Pernah Sambut Hari Lahir Mak”-Netizen Tersentuh Hati Tengok Aliff Syukri Buat Kejutan Hari Lahir Buat Ibu – MEDIA OHSEM

 

Mungkin ramai yang tidak tahu, Rozita iaitu pengasas kepada produk Sendayu Tinggi merupakan ibu kandung kepada Ds Aliff Syukri,pemilik produk Dherbs. Tidak di nafikan, mereka berdua sangat rapat walaupun masing-masing tidak menonjolkan diri secara jelas di mana-mana majlis rasmi.

Ketika masih kecil, Aliff Syukri dan adik-beradiknya di katakan perlu berdepan dengan masalah keluarga sehinggakan Puan Rozita dan juga suami membuat keputusan untuk berpisah. Ayah Aliff Syukri ketika itu bekerja sebagai pengawal keselamatan. Aliff Syukri pula hidup dalam serba kekurangan kerana berada dalam jagaan sang ayah.

Ketika umur Aliff Syukri masuk 20-an dia pun bekerja di bawah syarikat ibunya sebagai kakitangan dalam bahagian pemasaran. Di situlah dia berkenalan dan bertemu dengan Ds Shahida yang menjadi antara model produk Sendayu Tinggi ketika itu. Menurut Ds Shahida, dia dan Aliff tidak punya wang yang banyak untuk mendapatkan persalinan baju pengantin yang banyak. Namun di sebabkan Ds Shahida menjadi model sebuah butik pengantin, butik itu bermurah hati untuk menaja pakaian pengantin buat mereka berdua.

Hari ini, Aliff Syukri bersyukur dia dan isteri dapat hidup mewah dan kata Aliff dia percaya itu kerana berkat doa dari ibu ayahnya. Aliff Syukri juga menambah, dia dari zaman muda tidak pernah menyambut hari lahir buat ibu begitu juga sebaliknya. Mungkin atas faktor dia tinggal berjauhan dan asing dari sang ibu,makanya waktu-waktu membesar dalam hidup Aliff Syukri agak terhad bersama ibunya.

Namun setelah Aliff Syukri hidup senang dan sudah berkeluarga, dia di katakan semakin rapat dengan ibunya dan selalu meraikan apa jua majlis bersama ibu termasuklah selalu membawa ibunya bercuti ke luar negara. Pada hari lahir bondanya juga,kebetulan bonda Rozita pulang dari mengerjakan umrah. Aliff Syukri membuat kejutan buat sang ibu dengan memberikan hadiah beg mewah mahal dan sejambak bunga coklat buat ibunya ketika berada di KLIA.

Sumber :MediaOhSem

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password