“Saya nak gambar anak sis, saya nak bela…”

"Saya nak gambar anak sis, saya nak bela…"

Insiden penderaan kanak-kanak di rumah pengasuh bukannya suatu perkara yang baru. Malah lebih menakut apabila terdapat kes di mana kanak-kanak tersebut telah didera sehingga maut. Selain didera secara fizikal, mereka juga turut didera secara seksual di mana kanak-kanak malang ini dijadikan sebagai tempah melepaskan nafsu mereka.

Perkara-perkara seperti inilah yang membuatkan ramai ibu bapa yang berasa fobia untuk memberikan kepercayaan kepada orang lain untuk menjaga anak-anak mereka ketika mereka keluar bekerja.

Baru-baru ini, jadi tular di Facebook beberapa keping gambar screenshot perbualan di antara penjual dengan seorang wanita lain yang dipercayai merupakan seorang pengasuh yang menghubungi penjual itu untuk membeli krim pembakar lemak yang dijualnya.

Penjual tersebut pada mulanya dihubungi oleh wanita tersebut yang berpura-pura berminat mahu membeli produk krim pembakar lemak yang dijualnya sebelum memuat naik gambar anaknya di dalam perbualan tersebut.

Selepas itu, wanita tersebut mula ‘memancing’ penjual ke arah perbualan lucah sebelum menyatakan hasrat untuk mengambil anaknya sebagai anak angkat.

Semakin berani, wanita itu kemudiannya meminta penjual menghantar gambar kemaluan anaknya untuk dilihat sebelum membuat pengakuan memberitahu yang dirinya itu merupakan seorang lesbian.

Terkejut dengan permintaan wanita tersebut, peniaga itu terus memuat naik perbualan di antara mereka bagi mendedahkan perkara yang menjijikan itu kepada orang ramai.

Selain itu, penjual itu turut memberikan amaran kepada para ibu bapa sekiranya ada menghantar anak-anak mereka untuk dijaga oleh pengasuh tersebut.

Sumber : Sue Zahid

 

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password