‘Saya Masih Muda Dan Saya Perlu Jaga Adik Beradik’ – Ayda Jebat Akui Belum Terfikir Untuk Kahwin.

'Saya Masih Muda Dan Saya Perlu Jaga Adik Beradik' - Ayda Jebat Akui Belum Terfikir Untuk Kahwin.

Walau kini sedang hangat dikatakan bercinta dengan Redza Rosli, Ayda Jebat akui belum terfikir untuk mendirikan rumah tangga. Jelasnya, selain umur masih muda, Ayda mendakwa masih banyak tanggungjawab keluarga perlu dijalankan.

“Saya masih muda dan saya masih ada banyak komitmen yang perlu dibuat. Saya perlu jaga adik beradik saya. Walau mereka sudah besar, masih ada seorang yang bersekolah. Ibu juga masih dalam tanggungjawab saya”

Bagaimanapun Ayda tetap menegaskan hubungannya dengan Redza sebagai rakan baik. Pernah menerima kontroversi berkenaan dirinya yang kerap mengikuti ‘rakan baik’ ke lokasi hingga mencetuskan tidak senang krew produksi, Ayda enggan mengulas lanjut tentang perkara itu.

“Ia kontroversi dan publisiti murahan. Itu hal kecil yang saya tidak perlu ambil kisah. Asalkan saya gembira maka ia tidak perlu diperbesarkan. Sebab itu saya diam dan tidak menjawab mengatakan saya tidak bersalah atau cemburu. Itu tidak penting,” jelasnya kepada Projek MMO.

Keakraban mereka bukanlah suatu perkara tersembunyi, malah kehadiran Redza bersama keluarga Ayda ketika menyambut ulangtahun kelahiran Ayda baru-baru ini juga membuktikan jejaka itu bukan sekadar rakan tapi rakan istimewa.

.

.

.

.

.


Sumber : Projek MMO

Sumber :KakiShareTV

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password