“Saya mahu Bella ‘move on’, terima kasih kerana memahami” – Nazim Othman buka mulut mengenai kisah penceraiannya

"Saya mahu Bella 'move on', terima kasih kerana memahami" – Nazim Othman buka mulut mengenai kisah penceraiannya

Pasangan Nazim Othman dan isternya, Bella Dally telah sah bercerai baru-baru ini. Lebih memilukan hati lagi apabila penceraian itu berlaku pada hari pertama berpuasa. Tak ke haru beb?

Mungkin mahu mencari ketenangan, Nazim Othman dilihat berdiam diri beberapa hari setelah mengumumkan penceraian beliau dengan isterinya di Instagram.

Terbaru, menerusi Instagram Storiesnya pada awal pagi tadi, pelakon kacak itu telah membuka mulut, meluahkan isi hatinya mengenai penceraian beliau itu.

Saya mahu menyimpan segalanya seboleh mungkin, tapi saya luahkan sebab saya mahu dia teruskan hidup dan kejar cita-citanya. Apa yang anda tahu hanyalah luaran semata, lebih baik kita biarkan sebegitu.

Itu semua hak saya sama ada untuk berkongsi kisah kami atau tidak.

Anda mungkin mempersoalkan banyak benda, menyatakan pendapat masing-masing mengenai kami dan malahan mungkin mencadangkan apa yang perlu kami buat untuk menyelesaikan masalah. Tapi, tak semestinya anda boleh kata apa saja seolah-olah tahu semua benda.

Kami yang hidup bersama dan sepakat memilih untuk mengakhiri segalanya cukup sampai di sini sahaja.

Terima kasih kerana memahami. Semoga Allah merahmati kalian juga.

Menurut pelakon drama Awan Dania itu lagi, keputusan untuk bercerai itu adalah di atas kata sepakat mereka apabila masing-masing mahu membawa haluan sendiri. Nazim turut berterima kasih kepada peminat yang memahami keputusan diambil selain mendoakan kesejahteraan semua.

Sumber : IG Nazim Othman

 

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password