“Saya Kesian Dengannya, Mungkin Dia Orang Pertama Yang Ditolak Gaji Kerana Terlalu Kacak,” Majikan Dituduh Dengki, Kerana Tolak Gaji Juruteknik Lapangan Terbang Sebab Terlalu Kacak..

"Saya Kesian Dengannya, Mungkin Dia Orang Pertama Yang Ditolak Gaji Kerana Terlalu Kacak," Majikan Dituduh Dengki, Kerana Tolak Gaji Juruteknik Lapangan Terbang Sebab Terlalu Kacak..

 

SEORANG pekerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Xiamen Gaoqi di Xiamen, China telah dipotong 10 peratus gaji selepas video dia sedang berjalan di tarmac (landasan) tular.

Ramai pengguna media sosial di China menganggap syarikat tempat lelaki itu bekerja hanya iri hati dengan wajahnya yang kacak.

Video yang dirakam oleh seorang penumpang wanita yang tidak dikenali menunjukkan lelaki berkenaan berjalan bersebelahan pesawat memakai fon kepala, cermin mata hitam dan pakaian seragam.

Pengguna laman web terkemuka China, Weibo dan platform video teratasnya, Tik Tok, mengecam majikannya yang didakwa cemburu dengan ketampanannya sehingga mendapat pujian meluas dalam talian dengan bertindak memotong gajinya.
Image result for Handsome Airport Technician Got A Salary Cut After He Went Viral On

Gaji juruteknik berusia 25 tahun itu dipotong gara-gara video itu, yang dirakamkan tanpa pengetahuannya, menunjukkan dia sedang berjalan santai sambil menyeluk poket dan bajunya dilepaskan, pegawai lapangan terbang memberitahu China News Service.

Tindakan rasmi syarikat itu ditolak oleh jutaan orang yang menonton video itu dan mereka percaya dia dipotong gaji kerana terlalu kacak.

“Saya kesian dengannya, mungkin dia orang pertama yang ditolak gaji kerana terlalu kacak,” kata pengguna Weibo @xiaohuibujiaV mengenai lelaki berkenaan.

“Bosnya mesti cemburu dengan ketampanannya,” seorang lagi pengguna Weibo @jintianyoumeixiezuoyea memberi tindak balas.

Beribu-ribu komen di kedua-dua platform media sosial itu membandingkan persamaan lelaki itu dengan pelakon Korea Selatan Song Joong Ki.

Tetapi notis disiplin syarikat yang diberikan kepada lelaki itu tidak menyebut langsung tentang wajah kacaknya, sebaliknya menyebut tentang seragam selekehnya dan kesan pengaruh video ini.

Pekerja itu memberi tindak balas terhadap video tular itu dengan memberitahu China News Service bahawa dia tidak menyalahkan bosnya atau wanita yang merakamkan video tersebut sehingga dia dipotong gaji.

“Sejujurnya, saya masih rasa agak gembira kerana bukan senang untuk jadi terkenal dengan segera,” katanya kepada China News Service.
Image result for Handsome Airport Technician Got A Salary Cut After He Went Viral On

“Syarikat saya tak salah apa-apa, saya yang salah kerana tidak mematuhi piawaian yang betul dari segi kod pakaian dan tingkah laku,” katanya.

Tolong jangan benci penumpang yang memuat naik video ini. Saya tak pernah menyalahkannya, kerana dia tidak bermaksud membuatkan saya susah,” katanya.

Sumber : PenMerah

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password