“Saya ‘Jijik’ Melihatnya,” Surat Terbuka Doktor Warga New Zealand Mengenai Pakaian Seksi Pramugari Malaysia

 

15 Jan – Syarikat penerbangan yang berpengkalan di Malaysia sekali lagi digesa untuk menguatkuasakan pakaian menutup aurat untuk setiap pramugarinya supaya tidak menjejaskan imej dan memberi tanggapan yang salah terhadap Malaysia.

Perkara ini didedahkan oleh Ahli Dewan Undangan Negara, Datuk Hanafi Mamat dimana beliau berkata, seorang wanita warga New Zealand telah menulis sepucuk surat kepadanya yang menyatakan rasa jijik apabila melihat uniform yang digayakan sebuah syarikat penerbangan negara.

Menurut Hanafi, surat tersebut ditulis adalah sebagai respon Dr June Robertson kepada gesaannya di dalam Dewan Negara supaya pakaian menutup aurat dikuatkuasakan ke atas semua pramugari tersebut.

“Robertson menulis surat ini selepas membaca laporan berita di New Zealand berhubung penolakan saya terhadap pakaian pramugari yang terlalu seksi,” katanyaDalam surat tersebut, Robertson menyatakan beliau akan ke Malaysia dua kali setahun sejak 10 tahun lepas kerana sukakan negara ini.

Dia merasa jijik apabila melihat pramugari penerbangan yang dinaikinya memakai skirt yang terlalu singkat dan pengalamannya berhadapan dengan pramugari daripada syarikat penerbangan tersebut.

Robertson dikatakan menaiki penerbangan dari Auckland ke Kuala Lumpur, seorang pramugari yang sedang memberi layanan di kelas bisnes membiarkan bajunya di bahagian atas terbuka. Beliau meminta wanita tersebut memakai jaket kerana dia sedang tunduk ke arah mereka.

Gambar Hiasan

Sebelum ini, Datuk Hanafi Mamat dalam sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2018 telah mencadangkan agar kerajaan memperkenalkanpakaian patuh syariah kepada pramugari di semua syarikat penerbangan Malaysia.

“Sudah tiba masanya kerajaan menyediakan peraturan pakaian baru supaya dapat memberi gambaran Malaysia sebagai negara Islam,” katanya.

Langkah tersebut dikatakan tidak akan merugikan syarikat penerbangan kerana kualiti sesebuah penerbangan bergantung kepada perkhidmatan yang ditawarkan.

Robertson juga turut membandingkan syarikat tersebut dengan syarikat penerbangan eropah yang lain seperti New Zealand dan Amerika Syarikat.

Datuk Hanafi Mamat

“Mereka tidak perlu memakai skirt sesingkat itu,” tulis Robertson lagi.

“Ini jelas menunjukkan bahawa ramai orang luar terutama wanita termasuk orang-orang Barat merasakan wanita tidak perlu berpakaian sebegitu untuk melariskan jualan,” katanya. – Siakapkeli.my

Sumber : SiakapKeli

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password