“Saya bukanlah ahli politik…” – Sebagai bukti sayangkan rakyat Johor, TMJ ‘payung’ RM3,000 untuk setiap pengunjung di AEON Tebrau City

"Saya bukanlah ahli politik…" – Sebagai bukti sayangkan rakyat Johor, TMJ 'payung' RM3,000 untuk setiap pengunjung di AEON Tebrau City
Wah, sungguh beruntung menjadi bangsa Johor ini kerana mempunyai kerabat diraja yang memang berjiwa rakyat. Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail telah membuat kejutan apabila beliau telah berkunjung ke AEON Tebrau City pada petang tadi..

Kunjungan TMJ yang singkat itu nyata telah membuatkan ratusan pengunjung ke pusat membeli-belah itu teruja setelah Tunku Makhota itu membuat pengumuman semua perbelanjaan akan ditanggung olehnya.

Tunku Ismail telah memperuntukan wang sebanyak RM3,000 untuk setiap pelanggan yang membeli-belah di pasaraya AEON itu.

.

.

“Saya bukan ahli politik, saya tidak memerlukan undi.”Tetapi saya ikhlas menyayangi rakyat saya. Sentiasa bersama anda Bangsa Johor,” ujarnya dipetik di laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers.

Menurut sumber, TMJ telah memperuntukan jumlah keseluruhan sebanyak RM1 juta bagi membiaya program kebajikan untuk rakyat Johor itu.

Wah …untunglah Bangsa Johor di Aeon Tebrau ..TMJ belanja

Posted by Mohd Asri Bin Zulkifli on Wednesday, April 11, 2018

DIKHABARKAN TMJ BELANJA BANGSA JOHOR DI AEON TEBRAU? TERBAIK BIG BOSS!

Posted by Brotherhood JOHOR on Wednesday, April 11, 2018

 

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password