“Saya akan bagi kerjasama…” – Demi jihad, Caprice jumpa Nurul Izzah di Parlimen

"Saya akan bagi kerjasama…" – Demi jihad, Caprice jumpa Nurul Izzah di Parlimen

Penyanyi rap, Ariz Ramli atau lebih dikenali sebagai Caprice semakin dikenali apabila sering memberi pendapat tentang isu-isu semasa yang tular di laman media sosial. Apatah lagi pandangan beliau dapat membuka mata orang ramai mengenai perkara tersebut.

Bukan itu saja,  beliau juga turut mencipta aplikasi yang berguna untuk orang ramai seperti Mengaji.com, RAJIN app, SmartSurau dan juga Umrahloka.

Terbaru, penyanyi Abang Gurau Je itu telah memuat naik  gambar bangunan parlimen di Insta Story beserta kapsyen akan membawa kempen Jihad in Education kepada ahli Parlimen pada hari ini.

Selain itu, Caprice turut memuat naik gambar bersama ahli parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah dengan kapsyen mengatakan beliau akan mula bekerjasama dengan kerajaan baru.

Menerusi entri tersebut, ramai pengikutnya telah memberi komen dengan berharap urusannya dipermudahkan malah ada segelintir juga yang mengusik beliau dengan Nurul Izzah.

Sumber : Caprice

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password