Satu kerugian sekat Mufti Zimbabwe, Ustaz Bollwood, kata PAS

PAS menganggap tindakan kerajaan negeri Johor mengharamkan dua pendakwah – Mufti Zimbabwe, Ismail Menk dan Ustaz Haslin Baharim yang juga dikenali sebagai “Ustaz Bollywood” – daripada menyampaikan ceramah di negeri itu adalah satu kerugian.

Sambil mengakui, beliau tidak pasti sebab kedua-dua pendakwah itu diharamkan, Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berharap kerajaan negeri Johor mendengar terlebih dahulu ceramah mereka.

“Kadang-kadang rugi jugalah orang macam ini (disekat), tapi terpulanglah kepada kerajaan negeri.

“Saya tak pasti apa sebab mereka dilarang di Johor… kita harapkan prinsipnya adalah kita dengar apa dia ceramah.

“Kalau dia ceramah yang mengarut ajaran seperti Ayah Pin atau ajaran mengarut itu boleh ambil tindakan atau pun yang menimbulkan perpecahan atau polemik yang tidak sepatutnya ditimbulkan dalam masyarakat itu bolehlah dipanggil untuk nasihat ,” kata Idris ketika ditemui di IPD Sentul, Kuala Lumpur, hari ini.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Abd Mutalip Abd Rahim, berkata, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah supaya kedua-dua pendakwah itu diharamkan.

Ini atas pandangan mereka boleh menjejaskan perpaduan dan membawa kegelisahan dalam keharmonian kaum.

Sebelum ini, Singapura mengharamkan kedua-dua pendakwah berkenaan memasuki republik itu atas alasan pandangan mereka boleh menjejaskan keharmonian sosial dan menyebarkan pandangan yang memecah belahkan rakyat.

Majlis Agama Islam Singapura (MUIS) berkata pihaknya tidak menyokong permohonan dua pendakwah ini untuk berceramah di negara itu kerana ajaran mereka “bertentangan dengan nilai-nilai yang dipegang rakyat beragama Islam di Singapura.”

Kementerian Dalam Negeri Singapura, dalam satu kenyataan, melaporkan Ismail Menk dalam ceramahnya tidak membenarkan orang Islam memberikan ucap selamat bersempena perayaan individu berlainan agama.

Haslin pula dituduh membawa pandangan yang menggalakkan perpecahan di antara orang Islam dan bukan Islam yang disifatkan sebagai menyimpang.



Sumber : MalaysiaKini – LensaKini

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password