SASARAN 50,000 INDIVIDU BEBAS BANKRAP DALAM LIMA TAHUN – BERNAMA – 4/11/17

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) — Kerajaan akan berikhtiar melepaskan kira-kira 50,000 individu daripada status bankrap dalam tempoh lima tahun akan datang, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata buat permulaan, 20,000 individu yang bankrap secara teknikal atau penjamin sosial disasarkan bebas daripada status bankrap dalam tempoh setahun.

“Kita mahu melepaskan mereka daripada beban hutang yang ditanggung disebabkan keprihatinan mereka (menjadi penjamin sosial).

”Kita mahu perkara ini diselesaikan 100 peratus dalam tempoh lima tahun, mungkin agak berat tetapi ia tidak mustahil dilakukan,” katanya ketika merasmikan penutupan Forum Pengguna 2017 anjuran Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said, Setiausaha Agung PPIM Datuk Dr Ma’mor Osman dan Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan.

 

http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1407227

SASARAN 50,000 INDIVIDU BEBAS BANKRAP DALAM LIMA TAHUN – BERNAMA – 4/11/17 was last modified: November 6th, 2017 by Hafizi



Sumber : PPIM

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password