‘Sakit Apa Sampai Berkerusi Roda?’ – Video Ucapan Hari Jadi Ardell Aryana Buat Netizen Bergenang

‘Sakit Apa Sampai Berkerusi Roda?’ – Video Ucapan Hari Jadi Ardell Aryana Buat Netizen Bergenang – MEDIA OHSEM

Baru-baru ini, rakan terdekat pelakon Ardell Aryana menerusi laman Instagram ada memberi bayangan seolah-olah pelakon ini sedang sakit. Namun setakat ini tiada sebarang kenyataan dikeluarkan dari pihak Ardell sendiri untuk menjelaskan perkara tersebut.

Terbaru, video ucapan hari jadi khas buat ibunya ini membuatkan netizen bergenang. Mana taknya, di dalam video tersebut Ardell kelihatan berkerusi roda.

Ma today is your born day .. Thank You for your “SABAR” , your “DOA” & your effort … may Allah bless you mama. Selamat ulang tahun ILOVEYOU. . .  You not only my mother but “ my best friend “ ( ibu adalah hadiah teristimewa dari Allah ) untuk kita anak. #iloveyoumom tak ada 1 ungkapan pun boleh noi ucap kan (sebak bila terfikir pengorbanan mama ) ..noi nak mama tahu , nama mama sentiasa dalam doa.. Tuhan tolong jaga dia selalu untuk ku.. kerana hidup ini tak bermakna tanpa nya.

.

.

.

.

Di ruangan komen, netizen mendoakan kesihatan dan kesembuhan buat pelakon ini. Meskipun tidak mengetahui secara terperinci sakit yang dihidapi sehingga terpaksa berkerusi roda, mereka mohon Ardell supaya tabah menghadapi dugaan.

Sumber : Ardell Aryana

‘Perkara Yang Perih Adalah Menerima Sebuah Kenyataan’ – Ardell Aryana

Umum sedia maklum hubungan antara pelakon Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana adalah rakan baik. Nadzmi Adhwa menerusi kapsyen Instagram miliknya memberi kata-kata semangat buat Ardell Aryana seolah rakannya ini sedang sakit.

Pun begitu, Nadzmi Adhwa tidak memberitahu secara terperinci tentang sakit yang dihidapi oleh Ardell Aryana dan hanya berkongsi berita yang rakannya ini bakal menjalani rawatan terapi.

Weh @ardellaryana jangan mengalah. Kau kata nak tengok aku kahwin kan. Kau kena kuat teruskan perjuangan. Allah menguji seseorang itu kerana Allah SWT mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita, yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri, ujian juga dapat mematangkan kita. Aku sahabat kau, kau pun tahu aku akan selalu ada untuk kau. Kau relax je okay. kau kan kuat, kasar, gangster so jangan jadi cry baby macam aku okay. jangan takut pasal theraphy tu badan kau lagi kuat dari besi. kau boleh punya aku nak kau happy balik macam dalam video ni okay. Korang tolong doakan yang baik baik #MakCikBawang .

Bagaimanapun, Nadzmi Adhwa memaklumkan netizen agar tidak menimbulkan sebarang spekulasi yang boleh memburukkan keadaan sekali gus mengundang fitnah. Sementara itu, Ardell Aryana masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung sakitnya itu.

Perkara yang perih adalah menerima sebuah ” kenyataan “.
Bertahun menerima sebuah kenyataan .. tidak mungkin kau mula menyerah sekarang! tetap bersemangat walau beribu kali engkau rebah lutut & tapak tangan jatuh ke tanah kerana tanah dan kita akhir nya bersama .

Dan apabila bersoal tentang HARAPAN… HARAPAN itu boleh dibina tapi tidak dengan BERHARAP kerana jika engkau terlebih berharap lebih dari membina sebuah harapan “ engkau akan kecewa “ dengan 1 kemungkinan yang takdir nya berbeza dengan apa yang engkau berharapan . “Tidak mengapa untuk BERSERAH, asal kan tidak MENYERAH !

Sumber: OhBulan

 

Sumber :MediaOhSem

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password