Sabah untuk Sabah, Sarawak untuk Sarawak akan terhakis


Pelantikan Datuk Dr Amin Senin sebagai ketua pengarah pelajaran yang baharu bermula Khamis ini jelas satu bukti bahawa Sabah dan Sarawak tidak pernah cuba dipinggirkan oleh kepimpinan Datuk Seri Najib Abd Razak seperti yang didakwa oleh Tun Mahathir Mohamad sebelum ini.

Tuduhan Mahathir sebelum ini kononnya Najib cuba menghakis hak dan keistimewaan Sabah dan Sarawak jelas jauh terpesong daripada fakta yang sebenar.

Meskipun pelantikan ketua pengarah pelajaran dibuat berdasarkan merit penjawat awam, namun konsep kebersamaan yang diamalkan antara negeri-negeri di semenanjung Malaysia dan Sabah, Sarawak dilihat sebagai salah satu faktor ia dibuat.

Amin sebelum ini merupakan timbalan ketua pengarah pelajaran (Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan) pernah menjawat beberapa jawatan antaranya pengarah Institut Aminuddin Baki dan timbalan rektor Institut Pendidikan Guru (IPG).

Pada zaman Mahathir menjadi perdana menteri selama 22 tahun, tidak ada satu pun penjawat awam yang berasal daripada Sabah dan Sarawak yang pernah dilantik menduduki jawatan tertinggi dalam hierarki pentadbiran persekutuan, apatah lagi menteri kanan kabinet persekutuan daripada Sabah dan Sarawak juga tidak kelihatan sebelum ini.

Justeru konsep kebersamaan dan kesamarataan yang diamalkan oleh Najib lambat laun akan dapat difahami oleh seluruh rakyat Sabah dan Sarawak bahawa negeri-negeri itu tidak pernah cuba dipinggirkan oleh kerajaan BN.

Bahkan berkeyakinan slogan yang dilaungkan oleh sesetengah rakyat Sabah dan Sarawak iaitu Sabah untuk Sabah dan Sarawak untuk Sarawak akan terhakis sepenuhnya.


DATUK ZULKARNAIN MAHDARpengerusi Gerakan Akar Umbi Umno Malaysia (GAUM).

Rencana ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.



Sumber : MalaysiaKini – Surat

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password