”RM2000 Bonus Untuk Setiap Kakitangan Awam Negeri Sembilan” – Menteri Besar

 

Kerajaan Negeri Sembilan hari ini mengumumkan berita gembira untuk kakitangan awam yang berkhdimat dengan kerajaan negeri itu apabila mereka bakal menerima pemberian khas RM 2000 melalui tiga kali pembayaran yang bermula Disember ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Hasan berkata, pembayaran tersebut adalah bagi menghargai jasa hampir 4000 kakitangan awam negeri yang memberi khidmat bakti kepada negeri tersebut selama ini.

“Pembayaran pertama sebanyak RM500 akan dibuat pada Disember ini, RM500 lagi pada Januari depan manakala baki RM1,000 akan dibayar bersama gaji menjelang Aidilfitri tahun hadapan,” katanya lagi.

Ujar beliau, bayaran khas untuk tahun 2018 adalah sama seperti yang diumumkan dalam Bajet 2018 untuk penjawat awam oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini.

Bagaimanapun, penjawat awam di negeri itu menerima tambahan pembayaran sebanyak RM 500 melalui peruntukan Bajet 2017.

Beliau turut memberitahu bahawa pembayaran khas tersebut melibatkan peruntukkan sebanyak RM 11 juta.

Sumber : BH Online

Sumber : SiakapKeli

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password