“Rindu Mira yang dulu…” – Tudung semakin singkat, peminat kecewa lihat gaya hijab Mira Filzah

"Rindu Mira yang dulu…" – Tudung semakin singkat, peminat kecewa lihat gaya hijab Mira Filzah

Tidak dinafikan, pelakon Mira Filzah bukan saja tergolong sebagai artis cantik dan comel, malah turut berbakat dalam bidang lakonan dengan menggenggam segulung ijazah.

.

Terbaru, pelakon drama bersiri Rahsia Hati Perempuan yang sedang hangat ditayangkan di kaca televisyen itu telah memuat naik sekeping gambar di laman Instagram miliknya yang berkongsi jadual sehariannya yang padat.

“Stay focused, baby. Borak Kopitiam at 7 A.M, Melodi at 1130 A.M, Rahsia Hati Perempuan shooting at 230 P.M, now Sangkar film shooting at 12 A.M,” katanya menerusi ruangan kapsyen.

Walau bagaimanapun, gambar dirinya yang tampil ayu dengan memakai sut pejabat hitam yang digayakan bersama selendang merah itu telah mendapat kritikan daripada peminatnya kerana seakan-akan sengaja menayang aset tubuh badannya.

Rata-rata mempersoalkan tudungnya yang semakin hari semakin singkat, berbeza ketika awal kemunculannya dalam industri seni tanah air.

.

.

.

Sumber : Mira Filzah

 

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password