“Rasa resah takut. Suka menyendiri tak nak keluar” – Hanez Suraya Alami Anxiety Selepas Lahir Anak

"Rasa resah takut. Suka menyendiri tak nak keluar" - Hanez Suraya Alami Anxiety Selepas Lahir Anak

Hanez Suraya antara nama yang pernah menjadi popular dengan kontroversi satu masa dulu. Namun perkara ini sudahpun berlalu, dan netizen sudahpun move on dengan kisah ini.

Ketika ini memang jarang dilihat Hanez Suraya muncul di kaca TV dan ramai juga peminatnya yang merindui lakonannya.

Sebelum ini, lakonan Hanez Suraya memang amat mantap sekali.

Dalam perkembangan terkini, rupanya ada satu kisah yang ramai tak tahu tentang Hanez Suraya.

Rupanya pelakon jelita ini telah mengalami masalah kesihatan iaitu keresahan dan kebimbangan melampau (anxiety) selepas melahirkan anak pertamanya, Putri Aleesya.

Perkara ini didedahkan sendiri oleh Hanez Suraya.

Ini kenyataannya:

“Selepas bersalin, semuanya baik-baik sahaja. Tiba-tiba, ada satu ketika, saya rasa ‘paranoid’ untuk melakukan pelbagai aktiviti.

“Bayangkan, ketika nak makan pun saya rasa resah dan takut. Saya takut nak makan ayam, saya takut nak makan daging. Lebih teruk, sebelum makan saya sempat ‘Google’ kandungan makanan kerana rasa was-was.

“Berat badan saya juga turut turun. Saya juga lebih suka menyendiri dalam bilik dan tidak mahu keluar,”

“Selepas saya berkongsi apa yang saya alami di laman Instagram, ramai yang mesej dan mengatakan saya mengalami ‘anxiety’.

“Selepas itu, saya mula membuat kajian mengenai ‘anxiety’ dan saya berhubung dengan Miasa Malaysia (Mental Illness Awareness & Support Association). Rupanya, ramai orang yang mengalami perkara yang sama.

“Alhamdulillah, segalanya semakin baik selepas saya merapatkan diri dengan Miasa. Saya mula memasuki kelas agama seperti kelas mengaji dan bergaul dengan golongan positif.

“Rasa ‘anxiety’ itu harus dilawan. Saya sendiri kena kuat dan terus melangkah ke hadapan. Saya harus bergaul dengan golongan yang lebih positif,”

Syukur semuanya kini sudah semakin pulih. Hanez Suraya kini terus kuat dengan sokongan dari keluarga, rakan-rakan, para peminat setia dan juga pihak Miasa Malaysia (Mental Illness Awareness & Support Association).

Sumber: Astro Gempak

Sumber : PenMerah

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password