Rapat dan mesra, Sheila Rusly anggap Janna Nick, Ayda Jebat & Dayana Roza seperti anak sendiri

Rapat dan mesra, Sheila Rusly anggap Janna Nick, Ayda Jebat & Dayana Roza seperti anak sendiri

Pelakon dan penerbit terkenal, Sheila Rusly sudah lama berada dalam industri hiburan sejak berusia 16 tahun lagi. Mula berjinak-jinak sebagai seorang pelakon dibawah arahan pelawak terkenal AR Badul, bakat komedinya itu mula ‘diintai’ oleh pengarah-pengarah lain dan sehingga kini beliau digelar pelawak wanita paling popular di Malaysia.

Pelakon berusia 46 tahun itu berkolaborasi dengan suaminya, Azman Hj Yahya atau mesra dengan panggilan Jinggo menubuhkan sebuah terbitan drama iaitu JSPictures Sdn.Bhd. Antara pelakon yang setia dibawah terbitan mereka adalah Janna Nick, Dayana Roza dan Ayda Jebat.

Sheila juga sering memuat naik gambar bersama mereka dan menganggap ketiga-tiga pelakon wanita itu sebagai anaknya sendiri. Keakraban itu mula terjalin apabila ketiga-tiga pelakon itu berkolaborasi dalam drama arahan Jinggo seperti Dekatkan Jarak Kita (Ayda Jebat), Isteri Untuk Diiktiraf (Janna Nick & Dayana Roza).

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Sumber : Sheila Rusly

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password