Ramai orang yang kata kamera iPhone sangat ‘overrated’

Ramai orang yang kata kamera iPhone sangat 'overrated'

Ramai orang kata kamera iPhone sangat overrated, lebih-lebih lagi bila artikel pasal Best iPhone 7 Photos itu keluar. Tetapi, yang sibuk kutuk ini pernah pakai iPhone atau tidak?

Gambar-gambar travel 2 tahun pertama saya di USA hampir semua saya dan suami ambil guna iPhone 5s dan iPhone 6 milik suami saya. Kebanyakannya tidak  disunting, tetapi tidak salah pun mahu belajar untuk edit gambar sebab mereka yang sudah bergelar pro pun tetap edit gambar.

Tetapi jangan salah anggap dengan perkongsian saya kerana di luar sana lebih ramai orang yang berbakat ambil gambar menggunakan iPhone yang hasilnya lebih cantik dari gambar-gambar yang saya ambil.

Apa-apa pun semua pilihan dan rezeki masing-masing, tetapi tidak perlulah sampai tahap mengutuk kamera telefon dan kebolehan orang lain.

Pos saya kali ini bukanlah berniat mahu bash pengguna Android ataupun bermaksud telefon Android tidak bagus. Jadi, jangan salah anggap.

Ini untuk beritahu beberapa pengguna Android yang kata iPhone ini tidak berbaloi dan sebagainya. Saya pun guna pernah bergelar seorang pengguna Android untuk suatu jangka masa yang lama, tetapi saya tidak pernah pun sekali mengutuk pengguna iPhone.

Kamu yang masih menggunakan Android teruskan menggunakannya. Tiada masalah pun.

Mahu tengok gambar-gambar lain yang tak di-compress boleh lawat laman Instagram saya.

Sekadar ini memberitahu, bukan tiap-tiap tahun saya tukar telefon. iPhone 5s yang saya gunakan sekarang ini sudah menghampiri 3 tahun saya pakai, sejak tahun 2014.  iPhone 6 saya skip sebab suami sudah guna iPhone 6. Saya bersabar tunggu jadi alhamdulillah saya dapat tukar ke dari iPhone 5s terus ke iPhone 7 guna rebat dan diskaun syarikat telco.



Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password