Ramai kecam Benjy lepas dihukum penjara

Selepas diberitakan perlu meringkuk dalam penjara Indonesia selama 11 tahun serta denda kira-kira RM312,500, tidak banyak bersimpati diluahkan terhadap Benjy ketika berita itu dimuat naik di media sosial.

Sebahagian daripada mereka menganggap hukuman berkenaan layak buat pelakon terbabit, manakala yang lain berpendapat Benjy sepatutnya belajar daripada kesilapan lalu.

Apabila My_CrimeWatch memuat naik berita mengenai Benjy pelbagai komen balas dapat dilihat.

“Jangan balik ye, kami tak nak kau,” kata pengguna akaun @HafizHafizudin2.

Seorang lagi pengguna Twitter, @jektheraper, berkata dia tidak menyangka anak seniwati Azean Irdawaty itu masih tidak serik-serik dikaitkan aktiviti memiliki dan mengedar dadah.

“Hari itu terang-terang kena serbu kondo jadi makmal buat dadah tapi lepas. Ingat insaf dah. Tapi hampeh. Mereputlah kat Indonesia itu,” katanya.

 

 

Ini bukan kali pertama Benjy dikaitkan dengan kes dadah kerana dia pernah ditahan sebanyak empat kali atas kesalahan sama di Malaysia.

Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim, 39 semalam dijatuhi hukuman penjara 11 tahun penjara atas kesalahan cuba menyeludup dadah jenis methamphetamine melalui dubur ketika berkunjung ke Medan, Indonesia.

Benjy ditahan kerana memiliki 4.5 gram bahan narkotik ketika sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu pada April lalu.

Terlepas dari hukuman mati

Selain meringkuk dalam penjara, dia turut dikenakan denda AS$74,000 (RM312,539) oleh Mahkamah Daerah Medan.

Tempoh hukuman terbabit bagaimanapun kurang berbanding 14 tahun dipohon pendakwaan. Malah Benjy juga terlepas daripada hukuman mati.

“Kami mengumumkan defendan didapati bersalah kerana membelakangkan undang-undang memiliki dan mengawal narkotik,” kata hakim Wahyu Prasetyo Wibowo.

Bagaimanapun, ada juga segelintir pengguna media sosial yang berharap hukuman penjara itu mampu memberi pengajaran buat Benjy.

“Bersyukur la Benjy sekalipun penjara 11 tahun. Daripada kena gantung. Bukan sekali dua ni. Semoga diberikan hidayah,” kata pengguna akaun @AnaaHoho

Indonesia terkenal kerana mengamalkan undang-undang ketat narkotik dan individu yang ditangkap cuba menyeludup lebih daripada lima gram bahan terkawal boleh dikenakan hukuman mati.

Melalui akaun Facebook Harian Metro pula pola yang sama juga dapat dilihat.

Khatijah Rahais misalnya menulis: Dulu masa ko tengah naik.. hebat lakonan semua disanjung. Sekarang sebab tawaran lakonan dah tak ada, pelakon kayu lagi orang minat daripada pelakon berbakat. Disebabkan desakan hidup dipilih jalan yang salah. Mungkin dah biasa hidup senang. Harap lepas nie Benjy berubah.”

Shahrul Hafiz pula menulis: “Tak pe la bro, relax2 dulu, nasib lu cam tu, belajar la benda baik kat dalam. Semoga bebas nanti lu berubah. Akan datang silap2 lu jadi lebih baik. Tengok Ameng Spring boleh baca Quran dengan baik, Allah dah tentukan, wa doa lu baik2 aje.”





Sumber : MalaysiaKini – Seni & Hiburan

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password