Ramai kagum penampilan terbaru, Fouziah Gous dah mula bertudung?

Ramai kagum penampilan terbaru, Fouziah Gous dah mula bertudung?

Lama juga tidak nampak kelibat pelakon jelita Fouziah Gous di kaca televisyen setelah menimang cahaya mata kedua pada November tahun lalu.

Tapi kalau diperhatikan di laman media sosial miliknya, pelakon filem Otai dan Sifu & Tongga memang banyak berkongsi aktiviti harian bersama peminat dan pengikutnya.

Namun baru-baru ini, isteri kepada Mohd Zhafran Md Yusof itu kelihatan telah mengenakan hijab melalui beberapa posting di laman Instagram miliknya yang sudah tentu mengundang perhatian orang ramai.

.

.

.

.

Walaupun dia tidak memberi sebarang kenyataan mengenai penampilan tersebut, peminat dan pengikutnya memberikan pelbagai komen dengan memuji kecantikan yang dimilikinya serta mendoakan agar pelakon berusia 35 tahun itu agar terus beristiqamah dalam menutup aurat.

.

.

.

.

Sumber : Fouziah Gous

 

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password