Rakyat lelah dan marah kerana diperah kata Sheila Majid

 

KEADAAN ekonomi negara yang tidak stabil, dengan peningkatan harga barang dan kos sara hidup turut dirasai golongan artis. Penyanyi terkenal Sheila Majid turut meluahkan rasa kecewa melalui laman sosial.”Makanan mahal, ringgit lemah, kos sara hidup tinggi dan peluang pekerjaan kurang. Rakyat Malaysia sedang lelah dan marah kerana diperah dengan hutang-hutang yang bukan kita buat.”

“Berhentilah beri alasan dan mencari kesalahan. Tumpu kepada tugas untuk mengembalikan negara kita ke landasannya! Mengecewakan!” tulisnya melalui laman Twitter @SheilaMajid.

Luahan perasaan itu menerima sambutan luar biasa orang ramai di laman Twitter apabila menerima lebih 4,200 retweet ketika laporan ini ditulis.

Sheila Majid

Salah seorang pelakon terkenal, Sharifah Amani turut bersetuju dengan kenyataan itu.

“Long live Queen @SheilaMajid” tulisnya sambil memetik kembali kenyataan itu.

Sharifah Amani

Kebelakangan ini semakin ramai golongan penghibur, seperti pelakon, penyanyi dan pelawak tampil mengkritik keadaan ekonomi negara sekaligus menyampaikan suara rakyat bawahan yang merasa terbeban. — EdisiRakyat.com, 5 Disember 2017

Sumber : – EdisiRakyat

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password