‘Raja bola’ julang Piala Malaysia 2017

Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) terus menguatkan tanggapan bahawa mereka adalah ‘raja bola’ negara selepas dinobatkan sebagai juara Piala Malaysia 2017.

Skuad Harimau Selatan tampil menewaskan penyandang juara musim lalu – Kedah dengan keputusan 2-0 pada aksi akhir di Stadium Shah Alam, Selangor sebentar tadi.

Cabaran 45 minit pertama memberi gambaran awal bahawa anak buah Ulisses Morais enggan berputih mata, malah terus berada di depan.

Tandukan Aidil Zafuan Abd Radzak menerima hantaran sepakan penjuru Safiq Rahim dan menggegar gawang Kedah seawal minit kedua permainan untuk menjadikan kedudukan 1-0.

Tersentak dengan gol pihak lawan, Kedah bagaimanapun kelihatan sukar untuk mengatur serangan apabila jentera lawan mengawal ketat pergerakan mereka.

Keberadaan Liridon Krasniqi, Ken Ilso, Sandro da Silva, Baddrol Bakhtiar dan Ahmad Syazwan Zainon di barisan depan gagal mencorakkan idea-idea menarik untuk menggempur benteng JDT.

Sebaliknya kem JDT terus mengatur tempo dan rentak permainan untuk menguasai bola.

[Berita penuh menyusul]



Sumber : MalaysiaKini – LensaKini

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password