‘Rais Husin umpama Belanda dapat tanah’

 

Seorang ahli politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) Yusmadi Yusoff membidas kenyataan Ketua Biro Strategi dan Dasar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Datuk Rais Hussin Mohamed Ariff yang dilaporkan berkata isu Anwar bukanlah keutamaan Pakatan Harapan.

Yusmadi berkata Rais seumpama ‘Belanda mendapat Tanah’. Pepatah itu bermaksud sikap tamak seseorang yang telah diberi sedikit, lalu hendak minta banyak lagi.

“Pepatah Melayu sering mengingatkan adab orang Melayu agar tidak menjadi seperti ‘Belanda Yang mendapat tanah’ yang bukan sahaja lupa budi orang memberi ruang tanah tersebut malah menjajah pemilik asal tanah tersebut,” kata bekas anggota parlimen PKR untuk Balik Pulau (2008-2013) itu.

Beliau berkata pembentukkan HARAPAN adalah hasil daripada perjuangan rakyat di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila ketidakadilan berlaku terhadap beliau dan rakyat kebanyakan.

“Keyakinan rakyat memperjuang agenda reformasi disebabkan kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan-rakan seperjuangan yang lain.

Agenda Umno dan BN

“Pendakwaan dan pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim ialah manifestasi ketidakadilan rejim kerajaan sekarang.

“Adalah menjadi agenda utama pihak lawan seperti Umno/ BN untuk tidak menjadikan isu Anwar Ibrahim sebagai isu utama sehingga terdesak memenjarakan beliau,” katanya yang juga seorang peguam.

Menurut Yusmadi, Umno dan BN sedar Anwar Ibrahim perlu dipisahkan daripada HARAPAN untuk melemahkan pakatan itu.

“Mungkin Rais gagal memahami isu ini kerana baru bersama-sama menyertai perjuangan rakyat yang mungkin asing kepada beliau.

“Mungkin yang membezakan perjuangan PKR dan apa yang difahami oleh Rais ialah perubahan demokratik di bawah pimpinan Anwar Ibrahim dan perjuangan semata-mata untuk mengganti PM sekarang.

Rais (gambar, atas) sebelum ini dilaporkan media tempatan sebagai berkata pembebasan dan masa depan Anwar Ibrahim tidak wajar menguasai agenda HARAPAN.

“Nasib Anwar itu penting, dan kami juga memberikan tekad kami dalam hal itu, tetapi objektif PH mestilah menyelamatkan negara, fokus isu lebih besar.

“Bukannya seorang pemimpin atau satu parti menetapkan agenda atau naratif.

““Kami tidak mahu PH dilihat sebagai pakatan untuk Anwar,” kata Rais dalam laporan Malay Mail Online.

Rais dipetik sebagai berkata HARAPAN perlu menghormati undang-undang dan proses Anwar, bersalah kes liwat, dibebaskan akan mengambil masa melalui beberapa peringkat.

Sebelum ini, PKR dilaporkan bersetuju Dr Mahathir Mohamad menjadi PM sementara dan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menjadi TPM, jika HARAPAN menang PRU-14.

Sumber : MalaysiaKini – LensaKini

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password