Rahsia badan cantik luar dalam! Guna 3 bahan ni je.. – MEDIA OHSEM

Rahsia badan cantik luar dalam! Guna 3 bahan ni je.. – MEDIA OHSEM

Bagi anda yang nak dapatkan badan yang cantik, kurus, sihat luaran dan dalaman..apa kata follow petua ni. Mudah sangat kot! Rugi kalau tak cuba.

Tengku nak share resepi jugak ni. Tapi resepi kuruskan badan pakai bahan2 kat dapur. Ilmu tak baik simpan. Betul tak??

Resepi ni dtg dari seorang wanita berbangsa cina. Body memang cantik. Luar dalam cantik. Tak payah susah-susah beli jamu/detox atau herba apa-apa yang kita tak tau entah bahan dari mana. Jadi cuba resepi tradisional ni utk dalaman dan luaran.

Cuma guna 3 jenis bahan semulajadi je.

1) Bawang Putih

2) Halia

3) Lemon

 

Cara penyediaan :
1. Potong halus 3 bahan :-
– 3 biji lemon (jangan buang kulit) potong
– 3 labu bawang putih (buang kulit) potong
– 2-3 inci halia (buang kulit) potong
2. Campur bahan tadi bersamaan 1.5 liter air
3. Rebus selama 6-8 jam (slow cooker)
4. Sejukkan dan blend (akan jadi pekat macam pati)
5. Tapis or tak terpulang. Saya tak tapis ?
6. Lepastu dah boleh minum

Tips:

*Lemon tu beli yang tempatan. Jangan beli yang diimport (dah disembur bahan kimia) sebab rasa agak pahit. Nak kurang pahit campur dengan madu.

*Jangan risau pasal bau bawang sebab bau akan hilang bila dah campur dengan bahan lain.

*Mommy bf boleh minum. Yang best badan terasa ringan je. Dah minum jadi ketagih je. Memang betul-betul banyak khasiat.

*Jika guna dapur gas. Gunalah api yang paling perlahan, jika api kuat ia akn kering. Ada yang tak tau slow cooker tu apa. Macam periuk nasi dalamnye tembikar. Boleh masak 8jam. Tak risau hangus ke kering. Masak dari malam, pagi tu boleh off. Kalau atas dapur gas biasa sendiri mau ingat laa.

Ambil sebelum breakfast untuk kurus, perut kempis dan pelbagai lagi khasiat

Cara minum:
– Setiap pengambilan ambil 2 sudu + madu 1 sudu. Ambil pagi sebelum breakfast (perut kosong) dan malam sebelum tidur
– Selebihnya simpan dalam peti dan amalkan setiap hari

Kelebihan/khasiat:
– Nak kurus + perut kempis + buang toksin + buang air lawas + untuk dalaman wanita + buang angin + badan ringan + macam-macam lagi khasiat.

Khasiat lemon bila diamalkan setiap pagi (especially diamalkan setiap pagi).

1) Minum air lemon sebelum makan/minum apa2 pada waktu pagi dapat fine tune sistem penghadaman kita dan mencegah daripada masalah spt perut kembung, angin, dan heartburn.

2) Lemon ni bersifat antiseptik dan memang terer dlm “membersihkan” hati kita (bukan masalah emosi ye..haha), selain buah pinggang dan darah kita. Kiranya, kita akan berasa lagi selesa dan lebih bertenaga!

3) Lemon merupakan sumber vitamin C yg utama. Kalo kita minum pagi2 lagi, kita dah xyah risau utk memenuhi kuota vitamin C kita. Lemon juga kaya dgn mineral spt potassium, kalsium dan magnesium.

4) Ramai yg ingat lemon ni ada acidic effect dlm badan kita. Tp sebenarnya keadaan ini ditentukan oleh cara kita amalkannya. Kalo kita amalkannya sebelum makan apa2, lemon sebenarnya dpt mengalkalikan badan kita, iaitu pH dlm badan kita dpt diseimbangkan.

5) Of course, kalo sebut ttg vitamin C, mestilah efeknya pada kulit kita pun bagus. Kulit kita akan jadi lg cantik, bukan saja sbb vitamic C dia, tapi kebaikan lemon yg ada efek antibiotik, antioxidant dan cleansing secara keseluruhan.

Semoga pahala mengalir kpd tuan asal resepi. Follow fb Tengku Wdec utk pelbagai tips hebat.

kredit resepi kepada Tengku Wdec #mahn



Sumber :MediaOhSem

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password