Punca sebenar Altimet turun pentas kerana Iqram buat perangai mahu ‘join’ sekali di atas pentas

Punca sebenar Altimet turun pentas kerana Iqram buat perangai mahu 'join' sekali di atas pentas

 

Kehangatan Anugerah Juara Lagu (AJL)-32 masih lagi terasa walaupun sudah berlalu empat hari yang lepas. Majlis yang penuh gilang-gemilang itu telah mencipta satu fenomena yang besar buat industri muzik tempatan.

Namun disebalik kemeriahan dan kecerian disebalik wajah finalis AJL, penyanyi hip hop Malaysia, Altimet berang dengan sikap Iqram Dinzly kerana beliau ingin naik ke pentas tanpa diundang semasa Altimet membuat persembahan lagu Amboi.

Menurut beliau, jika perkara itu berlaku pasti keadaan akan menjadi lebih keruh dan menyebabkan pergaduhan yang mendatangkan kecederaan.

Altimet juga telah memuat naik tweeetnya dengan memuji kakitangan Media Prima Berhad (MPB) kerana berjaya melakukan tugas dengan baik untuk menghalang Iqram Dinzly daripada bertidak sebegitu.

.

Walaupun perkara tersebut tidak berlaku ketika persembahan Altimet, Iqram tetap dengan perangai peliknya itu naik ke pentas ketika Hael Husaini menyanyikan semula lagu Jampi sebelum melabuhkan tirai AJL, yang merupakan juara pada malam itu.

Menurut Altimet, Iqram hanya ingin mencari publisiti murahan semata-mata.

Lagu Amboi telah mendapat 1.2 juta tontonan di Youtube, lagu Jampi 1.5 juta tontonan dan lagu Aku Cinta nyayian Syamel dan Ernie telah mendapat 1.8 juta tontonan. Ketiga-tiga persembahan ini sekaligus, merupakan tontonan paling banyak di AJL 32.

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password