Pujian buat Najib pada Hari Malaysia ini


*Perutusan Hari Malaysia Oleh YB Zuraida Kamaruddin, 16 September 2017*

Hari Malaysia ialah hari memperingati pembentukan Persekutuan Malaysia apabila Sabah dan Sarawak menyertai kita pada tahun 1963.

Ia merupakan hari yang penuh kebanggaan bagi kita semua kerana memperkenalkan diri sebagai seorang rakyat Malaysia dengan rasa semangat patriotisme yang baru.

Dalam merayakan hari yang penuh dikasihi ini, kita diingatkan kembali tentang kisah kejayaan dan perjuangan sejarah dekad lalu seperti tertubuhnya Suruhanjaya Cobbold dan Perjanjian Malaysia yang ditandatangani pada 9 Julai 1963 di London.

Kita mengingati setiap hari kemerdekaan yang disambut pada tarikh yang berbeza buat Malaysia – 31 Ogos 1957 bagi Malaya, 31 Ogos 1963 bagi Sabah, dan 22 Julai 1963 bagi Sarawak.

Kita mengingati orang-orang Dayak, Kadazan, Iban dan Murut, serta banyak lagi warna-warni yang ada pada masyarakat kita yang terdedah pada pelbagai budaya.

Tanpa adanya Malaysia Timur, semenanjung Malaysia akan menjadi sangat berbeza. Ini kerana kita semua adalah rakyat Malaysia.

Malaysia ialah sebuah negara yang hebat tetapi jika diletakkan di tangan Pakatan Harapan (HARAPAN), ia akan menjadi lebih hebat.

Baru-baru ini perdana menteri mengumumkan program wanita akan dihentian jika tiada cukai barangan dan perkhidmatan (GST). Dan pada masa yang sama pula, baru-baru ini beliau mendedahkan sebuah jumlah wang yang besar akan dilaburkan di AS.

Menurut Datuk Seri Najib Razak, kita akan membeli pesawat Boeing dari AS, wang berjumlah AS$10 hingga AS$20 bilion serta wang tambahan AS$3 hingga AS$4 bilion dari KWSP serta peningkatan pelaburan dari dana utama iaitu Khazanah.

Tiada GST, petrol lebih murah

Perdana menteri patut ‘dipuji’ kerana dapat mengumpul jumlah dana sebegitu besar untuk dilaburkan ke AS, sementara kita rakyat Malaysia mempercayai bahawa ekonomi kita bergantung kepada pendapatan yang diperoleh daripada GST.

Selama ini, kita percaya MAS akan menghadapi masalah kewangan namun syarikat penerbangan itu masih mampu untuk membeli kapal terbang baru.

Dengan keadaan kewangan Malaysia berada dalam keadaan yang baik dan ekonominya yang kukuh, maka kita menuntut semula pada Hari Malaysia ini supaya GST dimansuhkan.

Negara kita tidak perlukan lagi GST, seperti yang diungkapkan perdana menteri apabila kita mempunyai hasil yang lebih daripada cukup untuk menjadikan AS hebat.

Mari kita merayakan pada hari ini – Hari Malaysia 16 September – untuk mengingatkan diri kita kepada lawatan Najib ke Rumah Putih yang dikatakan sangat berjaya dan berterima kasih pada beliau kerana telah membuktikan bahawa kita tidak lagi memerlukan GST, dan tidal perlu lagi mengugut untuk membatalkan program-program wanita.

Kita juga menjangkakan belanjawan yang lebih tinggi daripada RM2.26 billion bagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam bajet tahun depan.

Jika HARAPAN menang dalam pilihan raya umum ke-14 nanti, kita akan hapuskan GST dan menjadikan harga petrol adalah lebih rendah.

Selamat Hari Malaysia 2017.


ZURAIDA KAMARUDDIN ialah ketua Wanita PKR dan Pakatan Harapan, merangkap anggota parlimen Ampang, Selangor.

Rencana ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.



Sumber

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password