PSM juga mahu letak calon di Kelantan

Selepas DAP menyatakan hasrat untuk bertanding di Kelantan pada pilihan raya umum ke-14 akan datang, hari ini, giliran Parti Sosialis Malaysia (PSM) pula mengumumkan niat mereka yang sama.

Ironinya, parti itu juga mengintai kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Lama, sama seperti DAP.

Perkara itu dinyatakan melalui satu jemputan oleh PSM Kelantan bagi membuat pengumum calon mereka sebagai persediaan menghadapi pilihan raya ke-14.

“Sabtu ni, 14 Oktober 2017 Parti Sosialis Malaysia nak buat sidang media umum calon pilihan raya bagi kerusi DUN Kota Lama,” kata Pengerusi PSM Kelantan, Khairul Nizam Abd Ghani.

Sebelum ini, DAP turut menyatakan hasrat untuk mempertaruhkan calon mereka bagi mewakili Pakatan Harapan (HARAPAN) di kerusi tersebut.

Bagaimanapun perkara itu belum muktamad memandangkan perbincangan agihan kerusi antara komponen HARAPAN betul diselesaikan.

Kerusi yang kini disandang wakil PAS, Datuk Annuar Tan itu bakal menyaksikan pertembungan sekurang-kurangnya empat penjuru sekiranya hasrat PSM menjadi kenyataan.

Sementara itu, Khairul Nizam ketika dihubungi Malaysiakini berkata, pengumuman calon itu akan dibuat oleh pimpinan PSM pusat.

“Calon kita seorang yang sudah lima tahun buat kerja di kawasan itu, ” katanya ringkas.

[Berita lanjut menyusul]



Sumber : MalaysiaKini – LensaKini

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password