Projek helikopter EC725 Kementerian Pertahanan gagal disiapkan

LAPORAN AUDIT l Pelan infrastruktur Kementerian Pertahanan yang termasuk membina hangar di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Kuantan untuk helikopter EC725 gagal disiapkan, menurut siri kedua Laporan Ketua Audit Negara 2016.

Projek itu dilaksanakan melalui proses tender terbuka. Bella Builders Sdn Bhd memenangi tawaran dengan kontrak bernilai RM108.89 juta.

Projek itu sepatutnya siap pada 31 Januari 2014 selepas lanjutan masa diberikan.

Walau bagaimanapun, projek itu gagal disiapkan dan kontrak kontraktor berkenaan ditamatkan pada 8 Disember 2016.

Malah, selepas lanjutan kali ketiga bertarikh 22 Mei 2014, projek itu hanya selesai sebanyak 70.7 peratus. Sehingga 26 Julai 2016, hanya 93.1 peratus daripada projek itu berjaya disiapkan.

Semakan audit mendapati bahawa seluruh projek akan disiapkan melalui satu tender awam lain.

Maklum balas daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) mengesahkan proses tender telah dimulakan manakala pengesahan peruntukan daripada Kementerian Pertahanan diterima pada 6 Oktober tahun ini.

[Baca berita penuh]

 



Sumber : MalaysiaKini – LensaKini

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password