[Poll] Single Terbaru Fattah Amin, 1234U Cecah 100,000 Tontonan Dalam Masa 32 Jam di Youtube

Biarpun single pertamanya, Wanita Terakhir, menerima pelbagai kritikan dari orang ramai, Fattah Amin terus mara sebagai penyanyi apabila tampil dengan single terbaru yang dimuat naik beberapa hari lepas.

Yang lebih mengujakan, single yang bertajuk 1234U itu berjaya mencecah 100,000 tontonan dalam masa 32 jam ia dimuat naik.

Bagi yang belum melihat lagu itu, boleh menonton menerusi video dibawah:

Menurut deskripsi dair video itu,lagu terbabit merupakan haisl gubahan Aizat Amdan, Anas Amdan, dan Mel Ramlan dan merupakan lagu utama dalam filem Wanita Terindah.

Lagu bergenre pop gubahan Aizat Amdan, Anas Amdan, dan Mel Ramlan ini merupakan lagu utama dalam original soundtrack filem Wanita Terindah. Filem produksi Redfilm dan FastyleAsia ini dibintangi oleh Fattah Amin, Nur Fazura, Liza Othman, Nik Adam Mika, Sarah Hildebrand, Ridzuan Hashim, Samantha Kay, dan Abu Bakar Juah.” tulisnya.

Fattah Amin di laman Instagram turut mengucapkan terima kasih kepada peminat-peminatnya yang menyumbang kepada jumlah view itu.

Dari hasil pemerhatian kami di ruangan komen di Youtube, orang ramai memuji rentak ‘catchy’ di dalam lagu terbabit. Setakat ini, lagu itu mendapat 4,000 likes dan 267 dislike.

Apa pula pendapat anda?



Sumber : SiakapKeli

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password